Sunday, March 18, 2012

Bila Ben Ashaari tanya aku

BEN ASHAARI

Wahhhh dah lama Mak Dara tak masuk segmen adik Ben ni.. Malam ni segmennya mengenai persekolahan.. Ya ya.. Mak Dara dah lamaaa meninggalkan zaman persekolahan namun anak anak Mak Dara ada 4 orang semuanya yang bersekolah.. Jadi agak relevan lah untuk Mak Dara joinkan diri kan hehehe.. Senang aje untuk join segmen ni cuma jawab satu soalan.. Dan soalannya berbunyi....

Apakah perkara yang paling membosankan anda bila dengar ESOK SEKOLAH ? Mengapa ? “

Ok bagi mak perkara yang paling membosankan bila dengar ESOK SEKOLAH ialah apabila time anak anak baru last minit nak buat homework yang cikgu bagi dah lama dulu.. Saja je tunggu last last minute baru nak buat.. Lagi satu ialah bila nak cari barang barang sekolah.. Ha mulalah hilang itu dan ini.. pensel lah.. pemadam lah.. Mula lah dok berebut barang barang sekolah dengan abang ngan adik adik .

Haa senang je kan segmen ni.. Jom join ramai ramai.. Klik di SINI untuk menyertainya ya..



Oh Mak Gayah.. Mak Dara Di Entry Fatin Liyana...

Waduhhh patutlah mak dara heran kenapa le dari semalam banyak benor orang masuk ke blog mak.. Rasanya semalam seperti hari hari yang biasa blog mak dipenuhi dengan entry meroyan mak aje takdelah entry seo ke apa kan..Pelik.. maka mak pun siasat.. Rupa rupanya setelah di belek.. diteliti dan dikaji.. perghhhh bunyi macam rumit je kan.. Baru mak terbaca di blog Fatin Liyana yang chomellllll itu terdapat entry mengenai Blogger & Social Media Awards 2012 dimana mak dara juga turut hadir di acara gilang gemilang tu dan nak pula dijadikan bestnya bila mak dan fatin duduk semeja dan kerusi sebelah menyebelah aje... Kesianlah juga dengan Fatin sebab kena layan kerenah "meroyan" mak ni malam tu.. Maaflah.. mak ni kalau dah mula bercakap susah nak stop hahahaha...

dari kiri Ibu Fatin, Fatin Liyana, Cik Bihah dan Mak Dara

Bercerita tentang Ibu Fatin pula... Ohhh Mak gayahhhhhh... Sweet dan humble benar orangnya.. Baru tahu ke"sweet"an Fatin pastinya datang dari ibunya hehe.. Ibu fatin nampak sungguh awet mudaaa... Mula2 ingatkan kakak fatin rupanya ibunya.. Fuhhh kena minta petua dari Ibu Fatin untuk awet muda ni hehe



dari kiri Mak Dara, Fatin Lityana Shahabudeen Jalil, dan isteri

Waduhhhh sweetnya kata kata Fatin pada Mak Dara di entry itu.. Naik kombang bermangkuk mangkuk mak dibuatnya hehehe... Terima kasih Fatinnn... Harap harap kita dapat jumpa dan berborak lagi ye.. Dan tahniah sekali lagi atas kemenangan BEST CELEBRITY BLOG..

Nak baca tentang entry yang mak maksudkan? Klik di SINI ye.. =) Nantikan entry penuh mak mengenai Blogger & Social Media Awards 2012 ya..