Friday, March 23, 2012

PUTERI SALAMIA Episod Ke 3

As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Drama PUTERI SALAMIA episod ke 3 sedang ditayangkan sekarang (pada pukul 3 petang) di RTM 2.. Pada sesiapa yang terlepas menonton episod pertama dan kedua tu takpe.. Boleh je terus nonton episod ke tiga ni.. hehe




 



Bagi pengguna internet, you can watch via http://www.rtm.gov.my/tv2/



Pelakon Adik Shafimie Saedon Buat Mak Dara Terharu...

As salam..Waduhhhhh terharu betul lah Mak Dara dengan pelakon Shafimie Saedon ni.. Anda kenal dengan beliau?Mestilah kenal kan...  Kejap kasi up gambornya ye...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/185920_203642946318184_100000174402008_895434_3905241_n.jpg 
Inilah dia Fimie..

Part mana yang membuatkan Mak Dara terharu? Part  dimana bila pagi tadi Adik Fimie telah postkan sesuatu di FB anak teruna mak si Adza Haiqal . Dan dia tulis.... 


Alaaaa sooooo sweettttttt.... Ya Adik Fimie memang ada berlakon dalam salah satu skrip yang mak dara tulis iaitu sebuah drama bertajuk CUCU SEORANG PRIMADONA di mana beliau berlakon menjadi cucu kepada seorang diva dan primadona zaman 60an lakonan Wan Maimunah.. 




Waduhhhhh rasa amat berbesar hati bila kerja kita dihargai kan.. Bukan semua penulis skrip dihargai.. Ye lah orang belakang tabir la katakan hehe.. Terima kasih Fimie.. Mak memang sukaaaaaaa sangat lakonan mantap fimie dalam drama tu.. Sungguh memberi impak yang mendalam. Penghayatan dan lakonan fimie melebihi dari yang dibayangkan oleh mak semasa penghasilan skrip drama ini.. Semoga kita dapat bekerja sama dalam drama drama yang akan datang.. Semoga terus suksessss ya...


Sambungan Sekuel Filem Adnan Sempit 2 Mungkin Hingga ke ‘Adnan Sempit 10"

Adnan Sempit 2 telah pun ditayangkan di seluruh pawagam seluruh Malaysia baru baru ini . Difahamkan bahawa filem ‘Adnan Sempit 2’ telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi filem sekuel pertama yang mendapat kutipan lebih tinggi, mengatasi filem pertamanya. Fuhhhh masyukkkkkk le syarikat MIG ni kan hehehe... 


 

Gembira dengan kutipan box office yang diterima  Mejar David Teo telah pun memulakan penggambaran untuk filem ‘Adnan Sempit 3’ pada 17 Mac lalu dan sekiranya ia juga mendapat sambutan yang baik daripada penonton, tidak mustahil sekuelnya akan berterusan sehingga ke ‘Adnan Sempit 10’,” ujarnya penuh keyakinan. Ini lah yang baru mak dara baca dari majalah Media Hiburan . Fuhhhh Adnan Sempit 10.. Pasti time tu dah cerita mengenai anak anak Adnan atau kisah cucu cucunya pula yang merempit kan hahaha..

Mak Dara dah tengok filem ni... Anda dah tengok? Apa komen anda mengenai filem ini?


Jemputan ke Press Conference of DiGi WWWow Awards 2012

As salam duhai teman.. Waduhhh super exitednya mak pagi ini apabila menerima satu email dari pihak DiGi. Mereka telah menghantar jemputan untuk Mak menghadiri  Press Conference of DiGi WWWow Awards 2012 pada Sabtu ini..


Sebelum ini Mak telah menerima jemputan ke acara official soft launch Digi.. Tak sangka pulak turut menerima untuk press conferrencenya =)


Terima kasih kepada pihak DiGi atas jemputan jemputan ini.. Kompom mak akan sampai punya ehehe.. Ada sesiapa lagi yangpergi ke acara ni? Jumpa anda di sana ya....