Waduhhhhh tengah panas panas cerita tentang staff KFC hari ni Mak Dara pula terkena dengan beberapa pegawai di DOMINOS PZZA area Wangsa Maju.. Ceritanya begini...
Mak Dara telah menelefon dan membuat tempahan order pizza yang berjumlah RM37 dan dijanjikan oleh pihak dominos bahawa pizza akan sampai dalam masa setengah jam.. Namun sejam berlalu namun piza belum tiba. Maka Mak menelefon sekali lagi untuk bertanya kenapa pizza belum belum tiba dan pegawai bertugas berjanji akan memaklumkan pihak atasannya untuk menelefon mak kembali. 20 minit berlalu namun tiada panggilan diterima. Mak dara menelfon kali ketiga untuk membuat aduan dan diminta sekali lagi untuk menunggu panggilan dari mereka namun hampeh jua adanya.
Mak menelefon beberapa kali lagi namun dimatikan panggilan mak begitu sahaja . Now it is not because of the pizza any more.. Mak betul betul menjadi marah kini.. Sudahlah anak mak demam dan tak lalu nak makan apa apa dia minta untuk makan pizza dan dominos pizza pulak buat hal begini.. Siapa tak marahkan...
Akhirnya setelah hampir 2 jam pihak atasan mereka menelefon namun sayangnya memberi alasan bahawa dominos menghadapi sedikit kesulitan. kesulitan?? Itu je??? Rasa rasanya alasan itu dapat menyelesaikan masalah mak. Dan cara mereka handle kes mak ini seperti mak meminta sedekah dari mereka dengan menelefon mereka berkali kali... Sedih sungguh dengan service macam ni.. Mak dah pun buat aduan kepada E-Aduan Pengguna. Semoga tiada lagi yang terkena macam Mak ni..
Namun ingin mak tekankan disini.. Mak hanya bengang kepada pegawai pegawai Dominos yang mengangkat panggilan dan yang menerima tempahan mak itu dan juga kepada pegawai atasan yang tidak menyelesaikan kes mak ni dengan cara yang berkhemah dan ia tidak ada kena mengena dengan pekerja pekerja lain di DOMINOS PIZZA itu ya harap maklum.