Friday, March 30, 2012
PUTERI SALAMIA | EPISOD KE 4
As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Drama PUTERI SALAMIA episod ke 4 bakal ditayangkan pada pukul 3 petang ini di RTM 2.. Pada sesiapa yang terlepas menonton episod pertama, kedua dan ketiga tu takpe.. Boleh je terus nonton episod ke empat ni.. hehe
Sampaikan Doaku Di Tanah Mekah Duhai Teman
Assalam duhai teman.. Pagi pagi ini Mak Dara menjadi terharu dan sebak tatkala menerima satu sms dari teman baik Mak iaitu Zay Jurey yang sedang mengerjakan umrah. Dalam smsnya tertulis " Kak I depan Kaabah sekarang. Nak kirim doa tak? Sms doa akak pada saya ya" .. Masyaallah bertapa suci dan murninya hati yang bernama sahabat mak ini.. Walaupun berada di tanah suci mekah dan sedang menjalankan umrah namun masih teringat akan sahabatnya.. Inilah yang dikatakan teman sejati..
Zay (kanan) bersama adiknya Eera
Dan mak telah pun smskan doa akak padanya sebentar tadi... Semoga Zay dapat sampaikan doaku di tanah suci itu...mudah mudahan....
Mak Dara dan Zay di Festival Filem Malaysia thn lepas =)
Zay merupakan seorang Penerbit/Producer Drama dan juga merupakan isteri kepada pengarah dan penerbit hebat En Jurey Rosli... Drama terbaru yang mak dan adik mak tuliskan skrip untuk drama yang diterbitkan oleh Zay ialah drama bersiri tauk PUTERI SALAMIA yang ditayangkan setiap hari Jumaat di RTM2 pukul 3 petang.. Petang ini ada lah drama ni.. Kalau sudi sudi tu tontonlah ye hehe..
Akhir sekali, semoga umrah yang dijalankan oleh Zay berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke tanah air bersama keluarganya.. Terima kasih zay.. Jutaan terima kasih kerana sudi untuk sampaikan doaku di tanah suci itu.. Semoga tuhan membalas kesucian dan ketulusan hatimu itu....
Akhir sekali, semoga umrah yang dijalankan oleh Zay berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke tanah air bersama keluarganya.. Terima kasih zay.. Jutaan terima kasih kerana sudi untuk sampaikan doaku di tanah suci itu.. Semoga tuhan membalas kesucian dan ketulusan hatimu itu....
Subscribe to:
Posts (Atom)
