Saturday, March 31, 2012

Semangat Nak Sambut EARTH HOUR.. Tapi Lilin Takde



Seperti tahun lepas.. Mak Dara dan anak anak tidak mahu ketinggalan untuk menyokong sambutan EARTH HOUR..Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu apakah EARTH HOUR itu sebenarnya.. Earth Hour ni adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik. 

Apa yang perlu dilakukan ialah hanya dengan menutup lampu selama sejam aje.. Tak susahkan? Tapi dalam semangattt tak hengat mak dan anak anak untuk support earth hour ni baru mak ingat.. LILIN TAKDE!!! adesss hampeh betul lah hahaha..

Ok nak keluar dan beli lilin dulu ya... Jom support Earth Hour.. Cintailah bumi kita..

EARTH HOUR di Sydney Australia tika dan saat ini



KERANAMU IBU - Walau Banyak Kali Tonton Sebak Tetap Ada




Assalammualaikum duhai teman... Baru sebentar tadi Mak Dara baru terjumpa satu video drama yang telah diuploadkan oleh syarikat NUSANTARA Sdn Bhd iaitu sebuah drama yang berjudul KERANAMU IBU.. Drama ini sebenarnmya telah ditulis skripnya oleh Mak Dara dan telah pun dijadikan sebuah VCD pada tahun 2004 dahulu.. Memang mak tak sangka ada di upload di youtube.. 

Antara 63 buah drama yang telah mak hasilkan skripnya namun drama ini paling dekat di hati Mak Dara.. Ini mungkin kerana watak alif "kanak kanak istimewa" yang tidak disukai oleh orang kampung amat similar dengan kisah hidup arwah adik mak dara iaitu allahyarhamah Adza Suzyriani yang telah meninggal dunia pada umurnya 16 tahun.. 

Dan selepas sahaja mak tulis skrip ini mak terus tak mahu lagi tulis kisah sedih..  Sebab tu mak terus tulis drama bergenre komedi dan seram aje sampai sekarang..

Jika sudi tontonlah drama ini ya.. Kerana drama ini amat amat bermakna pada mak..
Waduhhh naik sebak pulak bila bercerita tentang arwah adik mak.. Ok sebelum banjir di pipi mak ni sudi sudikanlah menonton KERANAMU IBU ini ya....


KOMIK SAFEE SALI – SUPER SAFEE


KOMIK SAFEE SALI yang berjudul SUPER SAFEE akan dilancarkan oleh pihak PTS Media Group Kelab Bola Sepak Khaff diPadang Bola Sepak Taman Permata petang esok. Waduhhh bagus sekali dengan adanya komik komik berunsurkan kesukanan diharap dapatlah menarik minat para remaja remaja kini untuk meminati bidang sukan kan.

 
 

komik safee sali - super safee 
Jemputan ke Majlis Pelancaran

Pelancaran akan disempurnakan oleh Yg Bhg Datuk Abdul Ghani Minhat. Turut serta esok ialah Zainal Abiddin Hassan, Dollah Salleh, Amri Yahya, Safiq Rahim, Amirul Hadi dan ramai lagi. Tahniah Mak Dara ucapkan kepada Safee Sali yang semakin mengukir dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.. Semoga terus sukses ya..

Pada yang meminati Safee Sali janganlah lepaskan peluang untuk ke majlis pelancaran komik ini ya..
 
*gambar sumber google

FREEBIES : DOODLE GURU

As salam duhai teman... Dah lama Mak tak buat free doodle untuk anda kan.. Hari tu ada pertanyaan dari Mama Tunz dan Scarlett's Petals bertanyakan mak takde ke doodle untuk guru.. Betul jugak kan.. Doodle remaja ada, doodle pelajar ada tapi doodle guru mak belum bikin.. So di hari ini terimalah FREEBIES : DOODLE GURU dari mak untuk para Guru Guru yang amat amat Mak Dara Hormati sekalian.. Tapi guru wanita dulu ye.. Nanti baru mak bikin doodle guru lelaki hehe






Doodle ini untuk kegunaan sendiri pun boleh nak kasi kat cikgu pon boleh..Kalau ada yang berkenan tu kasi kidnap aje lah ye.. Just bagi le link ke sini tu je.. Enjoysss 

FREEBIES : DOODLE COUPLE 
FREEBIES : DOODLE MUSLIMAH 
FREEBIES : DOODLE PELAJAR