Sunday, April 1, 2012

AZZAH ELITE NIKAH HARI INI



Selamat Penggantin baru Mak Dara nak ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Azzarima atau lebih dikenali sebagai Azza Elite akan melangsungkan pernikahan pada Ahad hari ini, 1 April, bersama pramugara Air Asia, Azlan Zulaily

Difahamkan bahawa majlis pernikahan Azza dan Azlan bakal dinikahkan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas Asar petang ini. Semoga perkahwinan kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat amin..

Seronok apabila mendengar cerita tentang ramai artis artis malaysia yang bakal menamatkan zaman bujang kan.. pasti pada tahun depan kita akan mendengar berita berita tentang baby baby mereka pula kan insyaallah..

Usop Wilcha Turunkan Berat Badan Demi Doktor K



Usop Wilcha sedang sibuk dalam penggambaran filem komedi berjudul DR K KAHWIN 5. Di dalam filem ini juga Usop Wilcha juga telah menurunkan berat badannya bagi menjayakan filem ini. Memang satu yang harus dipuji sikap propesional Usop ini. Teringat Mak dara akan pelakon pelakon di Hollywood dimana ada pelakon yang terpaksa menaikkan berat badan dan ada yang harus menurunkan berat badan bagi menjayakan watak yang dibawakan mereka.

Bila ditanya adakah beliau pernah bercadang untuk mengikut seperti karektornya yang mempunyai ramai isteri dengan tersenyum beliau menjawap "Kalau nak rasa penampor di pipi kanan dan kiri oleh isteri pergi lah cari isteri kedua"  . Memang kelakar kan Abang Usop ni.

Walaubagaimana pun semoga berjaya dan semoga meletop letop filem DOKTOR K KAHWIN 5 ni bila ditayangkan di panggung nanti ya...