Monday, April 2, 2012

Parody Ibu Mertuaku versi WWWOW

As salam duhai teman.. Tika dan saat ini mak dara sedang dan tengah shooting video pendek untuk kempen DiGi WWWOW AWARD.. Bermula dari petang tadi tapi sampai sekarang belum lagi habis.. Dok bantai gelak aje manalah nak habis kan.. Pada tahun lepas mak ada buat satu video.. Tapi itu dengan "imej" mak yang lama.. Dengan "imej baru" mak sekarang ni rasanya tak sesuai lagi untuk mak gunakan video tu lagi.. Video yang maksudkan ialah video ini..


Video ni agak straigh forward dan agak serius.. Jadi tahun ni mak nak tukor sikit kasi kelakor.. Dah masuk kategory FAVE KAY POH katakan mestilah mau kepoh sikit kan hahaha... Apa yang boleh mak cerita ialah mak nak buat ala ala Ibu mertuaku dengan kasiim selamat... Nak tengok video tu? tungguuuuuuuuuu..

Ok mak nak sambung shooting balikkkkk ...


Mari Doakan Semoga Blogger Azila, Isteri Ben Ashaari Selamat Melahirkan Cahayamata



Assalam.. Akhirnya hari yang dinanti nantikan oleh pasangan blogger hebat iaitu Ben Ashaari dan Azila iaitu untuk bergelar ayah dan ibu bakal menjadi kenyataan apabila difahamkan bahawa pada tika dan saat ini Adik Azila sedang dalam proses melahirkan cahayamata sulung mereka itu.

Difahamkan bahawa adik Azila kini sedang berada di bilik pembedahan . Mak faham sangat perasaan terpaksa lahirkan anak secara C-Section ini kerana mak pernah lalui 2 kali melahirkan secara normal dan 2 kali secara operation.. Memang lain pengalamannya dan perasaannya.. Namun insyaallah semuanya pasti berjalan dengan lancar amin..Tak sabar untuk melihat gambar bayi Ben dan Azila itu nanti pasti comel macam ayah dan ibunya

Marilah kita beramai ramai mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan semoga dipermudahkan kelahiran cahayamata sulung mereka ya..


Ben sentiasa updatekan tentang saat saat kelahiran cahayamata sulung mereka melalui blognya.. Jika  nak tahu dengan lebih lanjut moh terjah ke blognya jomm....http://www.benashaari.com/

MAK DARA BERUBAH DEMI WWWOW




As salam duhai teman.. Hahhhh KAY POH betul kan tajuk mak..Ada perasan tak sejak dua menjak ni entry entry mak dara banyak berunsurkan kearah gossip dan dunia hiburan ala ala KAY POH gitu.. Dulu entry mak penuh dengan entry pasal anak anak, pasal somi, pasal drama, pasal menternak lemak, pasal ikan laga eh ade ke hehe dan terutamanya aktiviti meroyan mak dara seharian kan.. Mak bukannya sengaja mahu beralih arah tapi ini semua kerana DiGi WWWOW AWARD 2012..



Yup semuanya kerana Mak Dara telah dinominate oleh pihak NUFFNANG sendiri . Masih teringat lagi saat Mak menerima email dari pihak nuffnang haritu...Mereka telah nominate blog meroyan mak ni untuk kategori FAV KAY POH 2012

Pada tahun lepas Mak Dara jadi Top 6 Finalist untuk kategori yang sama namun jauh sekali mengharap untuk join lagi pada tahun ni.. Ye lah.. Tahun lepas calon diri sendiri tapi kali ni pihak nuffnang sendiri yang pilih.. so tahap keterujaan itu kerterlebihanlah jadinya kan hehe..

 
email dari pihak nuffnang

Namun dalam keterlampauan kegembiraan tu ada perasaan gusar jugak.. Ye lah dulu masa mak join kategori ni takdelah ketat sangat syarat syaratnya.. Kalau dah kay poh dan kecoh kecoh ala burung murai dah layak join.. Tapi tahun ni... jom tengok apa kriteria yang harus dimiliki oleh para peserta kategori FAVE KAY POH



 
Haaaa susahhh jugak kan.. Tak boleh setakat kay poh atau meroyan aje.. Tapi sekarang kriteria lebih khusus kan.. More to gossip blog, fesyen dan dunia hiburan.. Dan oleh kerana itulah entry entry mak dara kini lebih banyak kearah dunia hiburan.. 

Haaaa di atas adalah antara ala ala cover majalah Kay Poh Mak tu.. Ok tak? Ada kisah gossip, kisah dunia hiburan dan juga mengenai trend trend terkini seperti yang diminta dalam kriteria Fave Kay Poh itu kan.. Namun mak cantikkan sedikit dan membuat style mak dara sendiri jadi takdelah dihidangkan bulat bullat aje dgn penulisan namun diserikan dengan cover majalah mak hehe.. Seperti yang tertulis oleh pihak nuffnang "your unique style in using different tools, widgets, words and designs that makes your blog all-out YOU!" Harap harap dapat le markah lebih oleh pihak digi kan hehehe..

Mak Dara harap anda semua terus menyokong blog mak ni ye.. Walaupun blog mak berwajah baru namun percayalah MEROYAN mak tetap seperti dulu hehe.. Lepas aje dari contest ni mak akan kembali normal seperti dahulu bersama dengan entry entry meroyan mak tapi kalau  ada yang lebih gemor blog mak begini mak akan teruskan .. atau mak akan combinekan aje yang dulu dan yang baru pun ok jugak kan...

Emmmm ada yang join DiGi WWOW AWARD ni tak? Kalau ada sila la tinggalkan link nominasi anda dan nama kategori yg anda sertai itu di komen box mak di bawah ni ye.. boleh kita saling bantu membantu dalam promosikan nominasi kita nanti kan..Akhir kata mak benar benar harapkan anda semua dapat menerima perubahan mak ni ya..