Wednesday, April 4, 2012

Video Dan Gambar Yuna di Rancangan Conan O'Brien Show



Yuna telah mengharumkan nama sekali lagi kali ini dengan menjadi artis Malaysia pertama yang dapat membuat persembahan di racangan  Conan O'Brien Show antara rancangan talk show hebat di Amerika..  Yuna menyanyikan lagu terbarunya bertajuk LIVE YOUR LIFE. Mari kita lihat video dan gambar gambar semasa Yuna membuat persembahan hebatnya di rancangan CONAN O'BRIEN ini ya..

 
Conan O'Brien memegang CD Album Yuna dan memperkenalkan Yuna



Tahniah Yuna.. Semoga terus sukses dan terus mengharumkan nama Malaysia di mata duniaaa....


MY WAY Sebuah Filem Harus Tonton 2012


Semalam Mak Dara telah dijemput oleh Azwan  Hashim, Media Relations Executive ke acara Tayangan Eksklusif dan Sidang Media filem MY WAY ini. Punyalah terujaaa nak ke sana hingga mak dan somi mak jadi yang pertama yang sampai di majlis tu semalam hahaha.. Ramai betul blogger blogger hebat yang datang. Yang paling mengujakan mak dara untuk menonton filem ini ialah trailernya yang hebat dan juga apabila mak mendengar bahawa kos filem ini telah menelan belanja sebanyak RM77.3 juta.. Fuhh cuba bayangkan di Malaysia rata rata kos untuk menghasilkan sebuah filem adalah dalam RM1.5 juta dan filem ini 70 juta lebih fuhhh cuba bayangkan kualiti filem ini.. Sungguh hebattttt. Ok mari mak akan sharekan gambar gambar di sekitar majlis semalam dan kemudian mak akan cerita serba sedikit tentang Filem My way ni kemudian ya.

Part paling bestt.. Jumpa dengan geng Cik Lily Putih dan Yana Yassin



Filem ini menceritakan kisah dua pelari maraton – Kim Jun-shik (Jang) yang bercita-cita ingin menjadi seperti pelari negaranya, pemegang pingat Emas Korea dan Hasegawa Tatsuo (Odagiri), pelari terpantas Jepun. Mereka bertemu sebagai musuh semasa zaman kecil dan saling menyaingi antara satu sama lain hinggalah ke zaman dewasa mereka.
Setahun kemudiannya, Jun-shik telah dikerah untuk menjadi tentera militan Jepun setelah dipersalahkan sewaktu pemilihan Olimpik Jepun. Takdir mereka tetap bersama apabila Tatsuo menjadi Kolonel dalam tentera Jepun. Mereka bersama-sama bertempur dalam perang dunia kedua dari mengenakan seragam Jepun kepada Kesatuan Soviet dan Jerman sebelum akhirnya sampai di Normandy, Perancis. Walaupun masih bermusuh namun peperangan demi peperangan yang ditempuhi telah secara perlahan merobohkan tembok pemisah antara dua pemuda berlainanan negara ini.

Bagi pendapat mak filem MY WAY ini sangat bagus dari segi pembikinan dan kualiti dan juga jalan ceritanya yang sungguh baik dan amat amat mendebarkan.. Selama hampir 2 jam berada di dalam panggung itu perasaan suspens tak henti henti melanda .. Pada peminat filem aksi dan perang jangan lah lepaskan untuk menonton filem ini ya... kesimpulannya MY WAY Sebuah Filem Harus Tonton 2012