Tidak semua isteri mahukan hadiah yang mahal
mahal dari suami mereka.. Tidak perlukan makan malam yang mewah.. Dibawa
bercuti ke luar negara.. Kami tidak perlukan perkara perkara yang luar biasa
dari para suami untuk rasa disayangi.. Para suami pun tidak le perlu untuk
memikirkan perkara perkara yang tidak tergapai untuk menunjukkan betapa
sayangnya anda pada isteri anda.. Tapi kalau hari jadi atau ulang tahun
perkahwinan tak apa lah.. Tapi takkan hanya nak tunjukkan kasih sayang pada
hari hari penting sahaja kan. Bagaimana dengan hari hari biasa yang lain?
Mak pun bukanlah pakar rumahtangga.. Namun Mak
dan ahli mesyuarat tingkap mak iaitu adik beradik mak selalu juga berbincang
pasal ini.. Dan hari ni mak terpanggil untuk sharekan perbincangan kami tuiaitu
perkara perkara kecil yang boleh menambat hati isteri. So kepada para suami
boleh le baca mana tahu boleh le praktikkan nanti pada isteri anda ehehe
Perkara Kecil Yang Boleh Menambat Hati Isteri
# Apabila berselisih dengan isteri di rumah,
apakata jangan terus berlalu aje.. sentuh le isteri anda ataupun sekurang
kurangnya lemparkan senyuman padanya..
# Apabila sedang tengok TV tu.. Apa kata panggil
isteri anda untuk duduk di sisi anda. Jangan la suami baring di depan tv
manakala isteri duduk di hujung ruang tamu.. Jangan pula nak segan pada anak
anak.. Bukannya buat apa pun kan.. duduk aje kan.. Percaya atau tidak anak anak
pun suka melihat jika ibu dan ayah mereka kelihatan bahagia bersama.
# Sesekali tengah makan tu apakata suap le si
isteri tu.. Bukannya suap sampai habis sepinggan.. Sesuap pun jadilah.. Pasti
si isteri dapat rasakan hubungan mesra dari anda. Begitu juga dengan minuman..
Sekali sekala berkongsi minuman pun romantis juga kan..
# Sesekali tu apa kata bila isteri sedang cuci
pinggan, cuci baju, lipat baju, si suami menghampiri isteri dan membantunya..
Fuhhh pasti isteri bersemangat nak habiskan kerja rumah untuk bersama
anda
# Pelukan yang mengejut.. maksudnya macam angin
tidak ribut tidak tiba tiba anda peluk isteri anda .. Pasti dia terkejut dan
suka.. Takkan nak tunggu kena ada berita gembira aje baru nak peluk isteri
kan..
# Apabila berbual dengan isteri tu cuba mencelah
dengan memujinya.. Seperti tengah bincang pasal paip rumah yang bocor tiba tiba
anda tatap wajah isteri dan kata "Awak kiutlah/gojeslah/seksilah"
contonyalah haha.. pasti si isteri tak expect dan terkejut dan pasti akan
blushing dan suka..
# Sesekali ucapkan kata rindu pada isteri..
Terutamanya ketika para suami di tempat kerja.. Dan bukannya telefon isteri dan
hanya tanya pasal anak anak dirumah ataupun barang apa nak dibeli
# Sekali kali panggilnya dengan panggilan manja.
Nama yang anda selalu panggil isteri anda masa tengah sakan bercinta dulu dan
bukannya panggil mama.. ibu.. atau "eh awak" ke ye.
# Sesekali tulislah sesuatu yang romantik di wall
FB isteri anda di twitter atau di blog.. Dari anda dok menjawap komen dan komen
wall wall teman fb anda.. apakata sesekali tuliskan sesuatu yang sweet pada
isteri . Pasti si isteri hargai dan bangga ..
# Sesekali bila si suami tu sedang memandu dan
isteri berada di sebelahnya.. cubalah gengam tangan isteri buat seketika.. Tapi
kejap je cukup lah jangan lama lama pulak bahaya pulakkkkk.. Trust me isteri
pasti suka.. pasti sepanjang perjalanan tu si isteri senyum je memanjang.
Hmmm itu antara yang basik perbincangan kay poh
Mak dan adik beradik mak.. Nak lebih lanjut rasanya tak sesuai haha.. Tapi itu
semua pendapat Mak Dara dan adik beradik mak ajelah.. Pendek kata isteri ni
suka dengan KEJUTAN namun tidak perlu melakukan kejutan kejutan yang luar
biasa.. Perkara perkara kecil seperti ini pun dapat untuk membuatkan para
isteri dihargai. Anda ada pendapat bagaimana perkara kecil yang dapat memikat hati
sang isteri? sila le komen ye.. =)