Monday, April 9, 2012

Blog Masih Dalam Proses Pembaik Pulihan

Sayangggg memang mak sungguhhhh sayang untuk tutup blog mak ni.. Seharian mak cuba untuk tidak memikirkan tentang blog dan apa yang telah jadi pada blog mak ini.. ya memang benar blog mak ada masalah di mana gambar gambar tidak dapat Tapi untuk menutup blog semata mata hanya kerana gambar rasanya tidak berbaloi..

Buat sementara waktu ini mak akan buang semua gambar gambar yang berada di blog mak ini.. Mak juga takkan masukkan apa apa gambar di dalam entry entry mak yang akan datang sehinggalah mak dapat mengetahui apakah masalah sebenarnya  blog mak ini..

Terima kasih atas support dan kata kata sokongan anda.. Ia benar benar menaikkan semula semaangat mak untuk meneruskan apa yang mak cintai....

BLOG BICARA MAK DARA BAKAL DITUTUP





sedihhh... terlalu sedihhhh... memang mak sayangggg sangat dengan blog mak ni . Walau pun blog mak hanyalah sebuah blog picisan dan banyak entry entry meroyan namun ia adalah tempat mak meluahkan segala galanya.. Hampir setahun 3 bulan mak menghabiskan masa mak di blog ini namun sejak dua menjak ni blog mak menghadapi masalah.. masalah nya seperti yang anda dapat lihat.. Semua gambar gambar menjadi hitam... termasuk header.. background and all.. gambar gambar di dalam entry juga telah bertukar menjadi hitam...



Telah banyak kali mak dara cuba upload semula gambar gambar itu.. tukar kembali header tukar kembali background and all dan tidak lama kemudian ia kembali menjadi seperti ini.. Terus terang mak katakan... hati menjadi tawar untuk meneruskan hayat blog ni.. Dah banyak tanya kawan kawan di FB dan memang banyak cadangan di berikan tp mak sememangnya amat blur dan tak tahu bab bab IT ni.. Dan mak sudah tak tahu lagi macam mana nak betulkannya untuk jadi seperti dulu balik.. sungguh jika terusan begini mak bakal menutup blog ini....................