Nak Datang Shooting Di Rumah Boleh ? Erkk tetiba terkedu somi mak dara apabila temannya telefon tadi dan menyatakan niatnya nak shooting sebuah drama di rumah kitaorang tak lama lagi.. Hmm... Memang rumah ni dulu selalu ada shooting shooting drama yang diarahkan oleh somi mak sendiri.. namun dek kerana jiran sebelah yang terlalu "mesraaaaaaaaaaaaaa" sampai buatkan ramai krew krew yang trauma nak shooting dirumah Mak Dara lagi oleh satu insiden yang tidak disengajakan ketika kami sedang shooting.. Hmmm memang itu sajalah masalahnya jika nak shoot dirumah mak dara sekarang ni.. Yup jiran mak yang sebelah kanan ni memang besttttt sangat sehingga hampir 4 tahun mak tinggal sebelah menyebelah dengannya tidak pernah sekali dia membalas senyuman dari mak malahan lagi nak buka mulut untuk berbual dengan mak atau pun jiran jiran tetangga yang lain.. Kalau diorang buat kenduri pun hanya pacakkan khemah di hadapan rumah mak dan jiran jiran yang lain tanpa menjemput kami. Dan terbaru bila jiran yang "mesraaaaaaaaaa" itu dah pun pacakkan papan tanda "NO PARKING" di kedua dua pagar rumahnya hahahaha macam macam kan jiran zaman moden ni..
Tapi nanti somi mak akan terangkan lah "pantang larang" untuk shooting di rumah ni nanti.. Kalau syarikat produksi tu terima ok lah.. Kalau tak terima pun takpalah bukan rezeki lah namanya tu kan.. Ok nak kasi kemas rumah sikit ye.. jumpa lagi nanti,...