As salam duhai teman.. Sejak kebelakangan ni mak dara lihat komuniti Hijabers semakin berkembang pesat.. Menggunakan jilbab atau Hijab memang menjadi kewajiban setiap muslimah namun itu tidak menghalang kita untuk berfesyen selagi tidak melanggar batas batas aurat yang telah ditetapkan dalam Alqur’an dan Hadith kan..
Mak Dara terpanggil untuk buat entry entry HIJABERS BLOGGERS PILIHAN iaitu entry mengenai para blogger yang bijak menggayakan fesyen pakaian ala ala hijabers gitu.. Mak Dara akan mula masukkan gambar gambar anda di entry mak dan sekaligus akan mempromosikan blog atau pun blogshop anda. Sedikit gambaran dalan entry entry yang akan datang adalah seperti gambar dibawah
Haa macam mana ok tak? Gambar di atas adalah milik Adik Shieffa dan beliau merupakan ahli keluarga mak dan juga antara ahli Malaysian Hijabers Community. Jika anda berminat boleh le join segmen ni ye.. Mudah aje caranya
1) Buatkan satu entry bertajuk: HIJABERS BLOGGERS PILIHAN dan tepekkan header mak di entry itu.
2) Tepekkan gambar gambar anda/keluarga/teman anda yang mengenakan pakaian/tudung/hijab/alat aksesori ala ala Hijabers ataupun gambar makeup yang sesuai untuk para hijabers dan terangkan fesyen yang anda/keluarga/teman kenakan di gambar itu
3) Selesai. Tinggalkan link anda di kotak komen di bawah ini..
14 atau lebih peserta yang bertuah dan terpilij akan mak promote kaw kaw di entry mak mulai 23 april hingga 13 May nanti. Tarikh tutup segmen ini akan diumumkan tak lama lagi.. Apa tunggu lagi jomm join =)