Tuesday, April 17, 2012

Fesyen Terkini Musim Bunga 2012 / Jaket

Salam Dolls,

Hari ini mak Dara akan bagi tips untuk fesyen terkini musim bunga 2012 dengan skop pilihan minggu ini, Jaket. Ramai artis sekarang ni yang suka menggayakan Jaket, dan gaya ini sesuai untuk semua wanita zaman kini, dan Hot Picks Artis mak Dara minggu adalah : Kim Kardashian...

Siapa yang tidak kenal dengan selebritri realiti yang berketurunan Armenian dan yang baru-baru ini mengemparkan dunia dengan kisah perkahwinannya yang kekal hanya 72 hari, serta terkini Kim sedang dating dengan rapper popular Kanye West...

Jom kita curi style jaket Kim Kardashian yang penuh warna warni sesuai dengan musim bunga 2012.


 Sekarang Mak Dara nak kenalkan kepada anda semua segmen baru Mak Dara iaitu Twitpic Pilihan MD.. Dolls semua boleh sent gambar dimana anda mengayakan fesyen pilihan mingguan Mak Dara dimana minggu ini adalah jaket.. So cepat cepat cari gambar anda yang mengenakan jaket dan tweet pada Mak Dara ok. Hantar saja guna Instagram, YFrog, Twitpic & etc ke twitter - adzairdawati dengan hashtag #twitpicpilihanMD

Gambar yang cun-cun semua Mak Dara akan masukkan ke entri berikutnya.. Dan mak Dara juga nak tunjukkan dekat Dolls semua gambar Mak Dara gayakan jaket pilihan Mak Dara..

Jadi hantarkan #twitpicpilihanMD sekarang..

pic by X17 Online