Hari ini Mak Dara nak share salah satu style fesyen popular beberapa tahun lepas yang kembali menjadi popular pada Musim Luruh 2012. Ianya kegilaan kaum wanita tanpa mengira saiz badan, bertudung ataupun tidak. Apa lagi kalau bukan fesyen memakai skirt labuh di atas paras pinggang, personally Mak Dara belum lagi ada kesempatan nak cuba style ini disebabkan masalah perutku yang amat 'seksa'. LOL. Tapi Mak Dara memang suka sangat melihat kaum wanita lain memakai gaya ini, ia sopan dan yang lagi penting, menambahkan ketinggian seseorang wanita hal ini disebabkan skirt yang dikenakan dari atas paras pinggang memberikan ilusi yang seseorang itu lebih tinggi, dan bagi mereka yang ada masalah perut buncit seperti Mak Dara ini, jangan lupa kenakan gurdel / under garment / spandex yang boleh bantu mem'flat'kan bahagian-bahagian yang tak flat, hehe.
Contoh-contoh gaya High Waisted Long Skirt yang dikenakan adalah seperti berikut.. Boleh cuba-cuba ikut gaya mereka ini.
Bagi yang meminati gaya Hippi Chic boleh kenakan dengan topi fendora yang boleh
menambahkan karekter menawan bagi si pemakainya
Untuk yang tidak bertudung dan berani boleh gayakan high waisted long skirt
bersama singlet dan aksesori rantai yang menarik, dan jangan lupa
kenakan bersama kasut tinggi kegemaran anda
Dan bagi yang bertudung seperti Mak Dara bolehlah gayakan high waisted long skirt
bersama kemeja pilihan dan tudung yang boleh dikenakan pelbagai gaya
Najwa Latif juga bijak gayakan trend terkini
dengan pilihan warna blaus dari tona warna yang sama.
Najwa Latif juga bijak gayakan trend terkini
dengan pilihan warna blaus dari tona warna yang sama.
Gambar dari Google
Menarik bukan gaya terkini High Waisted Long Skirt, banyak dijual di kedai-kedai pakaian, dari harga yang murah seperti di kedai RM20-30 di Sg Wang & Times Square hinggalah di kedai lebih berjenama seperti Variante (Pavillion), Cotton On, Forever 21 & banyak lagi..
Jangan lupa sertai segmen Mak Dara melalui akaun twitter anda dan twit gambar terbaik anda mengayakan fesyen skirt labuh ini ya, ke @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD
Plus, sudilah kiranya mengundi Mak Dara setiap hari untuk Digi Woww Award 2012 bermula sekarang hingga 13 Mei untuk NuffNang Top Fav Kay Poh ( link ) Digi Woww Awards Nuff Nang Fav Kay Poh




