Thursday, April 26, 2012

Gaya Wanita Terkini : Masculine Looks

Salam Dolls,

Jika dalam entri yang lepas Mak Dara khabarkan  tentang style fesyen yang begitu kewanitaan High Waisted Long Skirt,  kali ini Mak Dara nak update korang tentang style fesyen terbaru 2012 yang kian panas, iaitu Masculine Looks dimana para wanita yang berani mengayakan blazer, kot dengan seluar slack.

Gaya ini bukan saja boleh digayakan ke pejabat, malahan boleh digayakan untuk berlibur di hujung minggu, acara rasmi, black tie dan banyak lagi. Mak Dara sudah lama nak tulis entri mengenai gaya Masculine Looks, sejak Mak Dara melihat artis jelita Nur Fazura mengayakannya dengan penuh class dengan sepatu tinggi dan seluar paras lutut yang melengkapkan gaya ini hingga dikatakan 'perfection'


Lihat saja ke bow tie, blazer sequins, pulled up hair, lipstick merah
memang jelita sekali, Mak Dara terpukau memandangnya..

Antara top 12 pilihan para editor majalah-majalah terkenal seperti Harpers Bazzar, Vouge untuk Spring 2012 adalah masculine looks ini, jadi apa salahnya jikalau mencuba gaya berani dan fashion forward ini korang.

 Nampak 'kerlassss' bukan gaya ini, bagi mereka yang berbadan 
besar juga boleh gayakannya cuma ingat perlu ada under garment @ gurdel


Halle Berry  juga tidak ketinggalan mengayakan gaya
 MasculineLooks baru-baru ini di tayangan perdana filem terbarunya di L.A

 Antara jenama-jenama pereka fesyen terkenal
 yang mengetengahkan gaya Masculine Looks di pentas peragaan mereka

Segak juga jika gaya Masculine Looks ini dikenakan
dengan tona warna Putih, bagi menambahkan keanggunan dan sifat feminin ke dalam gaya ini

Bagi mereka yang meminati gaya ini, boleh mix & match warna pilihan supaya nampak lebih ceria, warna yang sesuai untuk di 'mix & match' adalah seperti warna kuning & oren dengan kemeja dalam berwarna hitam, merah dan biru juga dengan tona kemeja yang gelap, dan sebagainya.

Di mana boleh dapatkan gaya ini, banyak.. Seperti di Zara Women, Ralph Lauren, dan di merata lagi, harga yang murah-murah juga banyak, cuma perlu bijak mencarinya.

Anda mempunyai pakaian gaya Masculine Looks? Jom hantarkan gambar anda mengayakannya ke Twitter Mak Dara @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD, boleh guna aplikasi dari twitpic, instagram, lockers, yfrog & sebagainya.

Jangan lupa tolong undi Mak Dara untuk DiGi WWWOW Awards 2012, kategori Fav Kay Poh. Tekan saja ke link ini.. Bicara Mak Dara - Fav Kay Poh


*semua gambar diatas adalah oleh GOOGLE. Terima kasih google (:


Eyraa Suhaimi #twitpicpilihanMD

Salam Dolls,

Bagi sesiapa yg ada follow entri-entri lama Mak Dara tahulah yang Mak Dara sekarang adakan segmen terbaru iaitu #twitpicMD. Dalam setiap entri Mak Dara akan datang Mak Dara akan fokuskan kepada satu trend fesyen terbaru pilihan Mak Dara dan sesiapa yang ada mencuba trend tersebut boleh hantarkan gambar-gambar mereka melalui twitter Mak Dara - @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD.

Rasanya Mak Dara blogger yang pertama buat segmen dan penyertaan dihantar melalui Twitter kot hehe.. Itu setahu mak dara le.. Tak tahu pulak kalau ada orang lain pun dah buat dulu..

Ok kali ini entri Mak Dara tentang fesyen terkini iaitu PINK LIPSTIC, Lipstik berwarna pink atau merah jambu kini menjadi trend terbaru musim bunga 2012 !! Tahun-tahun lalu warna merah dan nude sering menjuarai pilihan para pereka fesyen sebagai warna bibir model-model mereka, kini warna PINK muncul sebagai pendahulu..  Mak Dara ada meminta kepada pembaca blog mak sekiranya mereka ada gambar yang mengenakan lipstik supaya tweetkan gambar mereka itu ke twitter mak @adzairdawati dan mak terima banyak #twitpicMD yang cun-cun dan di sini Mak Dara masukkan gambar pilihan Mak Dara..


Terima kasih kepada adik Eyraa Suhaimi yang sudi join segmen twitpicpilihanMD ini ya.. Memang kena sangat warna lipstik itu dengan adik Eyraa!!! Ayuuuuuuu bebenor hehe.. Ok dah alang alang ada di sini moh le kita terjah ke blog adik Eyraa ni di SINI jommmm...

Rasanya nanti Mak Dara nak buat untuk fesyen lelaki pula.. tungguuuuuuuu.... by the way.. sayang sayang mak semua dah buat senaman belum hari ini? Apa kata kita buat senaman jari dengan klik di SINI untuk vote mak dara bolehhhhh hehehe tankiuuuu