Wednesday, May 2, 2012

Anak Mak Dara Dimasukkan ke Hospital Ampang

As salam duhai teman

Maaf.. mak dara dah berhari hari tidak menjenguk ke blog, ini kerana Mak Dara kini berada di wad pedeatrik Hospital Ampang bagi menemani anak bongsu mak Adza Isabella yang sakit measle atau orang melayu panggil rubella.. Hari ini merupakan hari ke 3 Bella di masukkan di wad..

Teruk juga measle yang Bella alami ni.. demam pun 7 hari belum kebah kebah.. Bengkak bengkak dimuka.. Air drip dah tiga hari masuk di tangan dia.. darah pun dah ambil dua kali.. menjerit dia sakit.. sekrang tak lalu minum dan makan.. menangis mak bila lihat anak mak terlantar begini..tuhan saja yang tahu..

Jutaan terima kasih kepada para sahabat yang mendoakan untuk kesihatan bella di facebook dan juga di twitter. Mak hargai sangat sangat..Dan terima kasih juga kepada teman yang post di wall fb katakan yang mereka tak putus putus votekan untuk Mak Dara dan Isabella di Digi Wwwow tu .. Mak amat hargainya.. 
Kepada teman blogger mak..Mak mohon kepada anda untuk tolong doakan semoga anak mak cepat sembuh ya...