As salam duhai teman..
Yuna kini bukan sahaja telah berjaya di dalam negara kini Yuna telah membawa nama negara dan mengharumkan nama Malaysia di suluruh dunia dan kini beliau melebarkan sayapnya dan tinggal di Los Angeles America bagi meluaskan lagi dunia seninya
Bila bercakap tentang Yuna. Apakah yang pertama terbayang difikiran anda.. Tentunya gaya TURBAN yang digayakannya kan.. Ya Yuna menjadi inspirasi wanita kini dalam bab fesyen terutamanya kepada wanita yang berhijab..
Kini penangan Yuna telah merebak ke dalam
keluarga Mak Dara.. Penangan apa? Penangan style turbannya iulah... Mak Dara dan adik mak iaitu Adza Tuty dan juga bakal adik ipar mak iaitu Shieffa turut tidak ketinggalan untuk cuba menggayakan turban..
Mak Dara mengenakan Turban
Adik Mak Dara menggayakan Turbannya
Pasti ada yang minat dan teruja dengan angin perubahan fesyen yang
dibawa oleh Yuna ni dan pasti juga ada yang sebaliknya.. Itu adalah hak
masing masing.. Walaubagaimanapun mak nak ucapkan tahniah kepada Yuna
kerana telah memberi nafas baru dalam dunia fesyen muslimah.
Adik mak dara Adza Tuty turut buat tutorial untuk memakai turban jomm tengok ya..