Friday, May 11, 2012

Bloggers Hijabers Pilihan - Wanie Hamshani

Salam duhai teman..

Hari ini Mak Dara telah memilih blogger ayu lagi gorgeous iaitu WANIE HAMSHANI sebagai Blogger Hijabers Pilihan Mak Dara.


Kenapa Mak memilih Wanie? Sudah pasti kerana Wanie seorang fashionista yang bijak bergaya dengan fesyen fesyen terkini walaupun dia berhijab..  Ok mari kita lihat fesyen yang digayakan oleh beliau jom....

Fesyen Pakaian
 Wanie mengenakan Cardigan Labuh with hoodie kerana ia dapat menutup bahagian belakang wanie dan lebih sopan dan selesa. Selain itu Wanie berani Menggunakan Warna Striking like Yellow .It more be confident when wear a striking colour.

Wanie menggunakan cardigan labuh dan didalam cardigan sebenarnya adalah jumpsuit.wanie lebih selesa dengan cardigan labuh supaya nampak lebih sopan dan tidak menonjol dan wanie menggunakan belt sebagai seri dalam pakaian wanie.

 Ini wanie Menggunakan colour Block . Kuning-Hijau-Turqoise . Tudung tu ada 2 satu tudung bawal satu shawl wanie jadikan dia TURBAN . Pemilihan warna wanie memang nak pilih colour striking nie. sebab buat wanie sangat lebih confident.

Ini Wanie menggunakan inner flora didalam dan kemeje loose di luar dan wanie ikat kan nye.. dan wanie menggunakan skirt dan tali pinggang.. Seperti Feminin bila wanie memakainya :)
tudung wanie buat bunga ditepi kepala wanie sebagai hiasan dan jugak kerongsang. Gaya ini sesuai untuk hadir dalam majlis or any event .

Fesyen Tudung
Wanie Buat Gaya Tudung Turban ;)

 ini Gaya Rolling Up .Sangat senang dipakai.

 Ini Gaya tudung dengan topi di kepala.dengan 2 shawl

Makeup
Makeup wanie seperti gambar diatas wanie menggunakan Miss roses eye shadow .
Penggunaan eye shadow dapat Menggalakan lagi mata kita selain eye liner . Makeup ini sesuai untuk keluar berjalan dengan kawan kawan sebab ianya just simple and nice.

Gambar dia atas pulak yang beza nya wanie ubah sedikit style pemakaian eye liner wanie. Wanie bawak ianya keluar dari aliran bawah mata supaya mata kita lebih nampak besar dan galak yang penting lain daripada yang lain. Ianya sesuai menggayakan makeup seperti nie jika ada majlis
 makan malam or any event ;)


Memang cantik dan ayu sekali bukan.. Apa lagi.. Apa kata kita cuba gaya gaya dan tips yang diberikan oleh Cik Wanie ini.. Dan alang alang disini moh le terjah terus ke blog beliau.. Klik di SINI untuk ke blog cik Wanie ye.. 
Jangan lupa untuk vote mak dara untuk DiGi WWWOW juga ya.. hehehe sambil kembungkan pipi dan muncung kan mulut kasi nampak kiuttt sikit hehehe.. klik di SINI untuk vote mak ye.. sayangggg semuaaaa...

MAK DARA Berwajah Baru

As salam duhai teman.. 

 Mungkin ada yang perasan mungkin ada juga yang tidak perasan akan perubahan yang telah berlaku di blog Mak Dara ini.. Yaaa Mak Dara kini berwajah baruuu.. Err tapi bukannya wajah Mak ni disuntik botox atau pun buat facelift ye tapi header blog mak dah bertukar baru.. 


Amacam ok tak? Mak Dara nak buat ala ala macam sebuah cover magazine gitew.. Tapi Mak Dara hanya keluarkan ideanya.. Tapi yang tukang buat header ini adalah adik teruna kesayangan Mak dara iaitu Adza Edie... Wahhhh terus jadi adik tersayanggggg kannn hehehe.. Takde memang dia adik peberettt pun sebab satu satunya adik lelaki dalam keluarga Mak Dara ni..


Inilah bertuahnya ada adik yang talented dan kerja sebagai Graphic Designer macam dia ni.. Macam macam boleh minta tolong dia buatkan.. Masuk kali ni.. Dah 3 header telah Edie ciptakan untuk Mak dara..

 1st Blog Header - 17hb Jan 2011

2nd Blog Header - September 2012

3rd Blog Header - 11hb Mei 2012

Perubahan header dilakukan mengikut perubahan dan "penghijrahan" Mak Dara ;) Jutaan terima kasih kepada Edie sebab tolong buatkan header yg 150% mengikut citarasa kakak meroyannya ni hehe.. Nanti Kak Ida belanja makannnnnnnn k...