Saturday, May 12, 2012

My Most Favorite Thing

As salam duhai teman

Dalam banyak banyak pakaian, tudung atau aksesori pasti ada yang paling anda gemari.. Kemana sahaja anda pergi pasti anda akan berulang kali mengenakan pakaian, tudung atau aksesori itu.. Walau apa pun orang kata tentang anda berulang kali mengenakan barangan kegemaran anda itu anda tetap mahu memakainya kerana itu adalah barang yang paling anda suka gemari dan sayangi.. Anda pernah mengalami perkara seperti itu? Mak Dara juga sebegitu.. Barang yang paling Mak Dara sayang dan pakai berkali kali adalah tudung mak yang berwarna keemasan/gold.. Mak mengenakan tudung itu hampir dibeberapa majlis penting.. Mak baru tersedar akan hal ini bila membelek belek kembali gambar mak di album semalam hehe..


Mak Dara dan Somi @ Festival Filem Malaysia 24

Mak Dara @ Nuffnang Asia Pacifik Blog Award


Mak Dara @ Malam Anugerah Gemilang Cipta

Memang Mak paling sukaaaaaaaaaaa dengan tudung gold mak tu.. Mungkin sebab senang untuk digayakan dan kainnya yang lembut dan sejuk apabila dipakai membuatkan mak kerap kali memakai tudung ini.. Namun sekarang tidak lagi sejak mak kehilangan tudung itu.. Ada baiknya juga.. Tidak lah mak asyik mengenakan benda yang sama tapi yang tak baiknya.. i miss that tudungggg hehehe.. Hmm nampak gayanya kena mencari barang favourite yang baru ni..