Tuesday, May 15, 2012

Gaya Si Cilik

As salam duhai teman..


Hari ni Mak Dara nak buat satu segmen khas buat si cilik (kanak kanak).. Asyik asyik entry mengenai fesyen wanita terkini aje kanak kanak juga apa kurangnya.. Mereka juga suka bergaya bukan.. Untuk menyertainya sila lihat dibawah

1) Buat satu entry bertajuk SI CILIK PILIHAN MAK DARA dan letakkan sekali header Mak Dara 
 2) Letakkan gambar si cilik anda (anak anak/ adik dll) yang sedang bergaya ala ala posing kiutt dan ceritakan serba sedikit gaya yang diminati oleh si cilik ya
3) Siap hantarkan di url link anda di bawah

Tarikh tutup pada petang ini. Mak Dara akan masukkan gambar gambar si cilik anda di dalam sebuah entry istimewa nanti..

Demam Dian Pelangi

Dian pelangi Oh Dian Pelangi..


Memang demam Dian Pelangi telah pun meresap ke jiwa Mak Dara sejak dua menjak ini.. Maunya tak.. Sejak dari minggu lepas mode untuk mendapatkan salah satu dari koleksi pakaian Dian Pelangi di butiknya di Bangsar menjadi jadi ..

Niat dihati untuk pakai dress Dian Pelangi yang Mak Dara minat sangat tu pada hari Ibu yang lepas.. Yelah disebabkan somi Mak Dara yang dah rancang akan membawa Mak Dara dan anak anak untuk bercuti di Port Dickson sempena hari itu . Nak juga feeling feeling pakai dress Dian yang cantik itu di tepian pantai sambil dibuai angin sepoi sepoi bahasa kann..

Namun impian Mak Dara berkecai apabila semasa Mak Dara dan somi mak hendak ke butik Dian hari pun dah petang.. Nak dijadikan cerita pula jalan jemmmmm sangat sangat . Tidak sudah di situ sesampainya Mak dan somi di kawasan bangsar itu kereta kami telah dilanggar dari belakang oleh seorang lady driver yang sedang berbual di telefon.. Lama jugak somi mak "kelas"kan dia dengan pergulungan hujahnya.. Setelah selesai dengan kes langgar itu kami terus ke butik Dian dan cuba teka apa yang berlaku?? Kedainya telah pun tutup.. Waduhhhh sedih sungguh Mak dibuatnya.. Mungkin ini namanya COBAAN.. Maka mak pulang dengan tangan kosong..

Jangan sangka kejadian itu melenyapkan meroyanan Mak Dara bagi mendapatkan koleksi pakaian Dian Pelangi kerana Mak Dara telah berjaya memujuk Adik Mak iaitu Adza Tuty untuk membawa mak ke butik dian . Kali ini mak benar benar harap dapat membeli dress idaman Mak Dara itu..

Semasa perjalan ke sana syukur alhamdullilah jalan tidak jamm.. Dan syukur kami mendapat parking dengan mudah sekali.. Everything going smoothly dan akhirnya Mak Dara tiba jua di hadapan butik Dian Pelangi malaysia dan cuba teka apa yang berlaku....

uwaaaaaaaaaaaaa....

Yup... Seperti yang dapat anda lihat.. Butik Dian pelangi Malaysia tutuppppp!!! OMG seriously... frustttt betulllll mak dara dibuatnya....

Rupanya Butik Dian Pelangi Malaysia cuti pada hari Isnin.. Waduhhhhh cobaan...

muka org frust hehehe
err sila abaikan wajahku yg tidak bermakeup itu ya hahaha

Hmmmm sekarang demam mak untuk dapatkan dress itu pun semakin kebah.. If you know what I mean.. Takpelah ini namanya takde rezeki.. Insyaallah kalau demam mak kembali mak akan ke sana lagi hahaha