Wednesday, May 16, 2012

GAYA SI CILIK PILIHAN MAK DARA


As Salam Duhai Teman

Semalam Mak Dara ada mengadakan satu segmen untuk si cilik (kanak kanak) iaitu SI CILIK PILIHAN MAK DARA dan syukur alhamdullilah ada yang sudi join segmen Mak Dara ini..  Asyik asyik entry Mak Dara mengenai fesyen terkini orang dewasa aje kan..Kanak kanak juga apa kurangnya.. Mereka juga suka bergaya bukan. Mari kita lihat Si Cilik bergaya...


Mari berkenalan dengan Si Cilik Pilihan mk Dara yang pertama.. Si kecil ini adalah Muhammad Qabillah Ulwan b Khairul Anuar @ Qabil / Mamat. Qabil adalah anak kepada blogger Azme. Kata Azme.. Qabil berusia 4 tahun. Suka bergaya seperti orang dewasa & mengaku dialah paling hensem di dunia. Tak ada orang lain yang boleh lebih handsome dari dia termasuk abahnya. 
Gambar ini di ambil di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sempena percutian keluarga. Tanpa rasa malu, dia telah membuat Konsert di Airport terseut. Habis semua lagu yang dipelajari di tadika telah dinyanyikan.

Si Cilik pilihan mak Dara yang kedua dan ketiga adalah pasangan adik beradik.. Mereka merupakan anak saudara kepada blogger Adam Narzuan. Mari kita berkenalan dahulu dengan adik Nur Ain Batrisya.. Umur dah 6 tahun.. Kata Adam.. Ni kiranya anak sedare yang paling rapat ngan Adam.. Kalau bercakap kadang-kadang kalah orang tua.. Aduyai.. Nak buat cmne, budak-budak sekarang makin pandai kan.. Tapi biarlah ke arah kebaikkan.. Hehehee.. Masa kecik-kecik Ain ni suka sangat suh adam nanyi untuk dia.. Kalau nak tunggu dia tido mau kena nyayi 5,6 lagu.. hahahaha.. Kena laa pakcik dia ni sumbangkan suara.. Kalau depan kamera bleh tahan jugak.. Macam-macam post.. Kalah retis.. hehehe..

  
Haaaa.. Yang ni pulak namanya Aliff Najmi... Adik pada Nur Ain Batrisya tu.. Yang ni bleh tahan jugak hebatnyer.. Nak buat cmne, anak saudara lelaki tunggal laa katakan.. Yang lain sume pompuan.. Jadi demand laa sket.. Hehehehe.. Demand ek.. Takpe jap lagi ada laa tu  pesaing tu.. hehehe.. Hobi dia ni main muzik dan menyanyi.. Aduyai.. Nak buat cmne, hari-hari ikut papanya g jamming... Kalau depan kamera lagi laa dasyat.. Asyik nak suh ambik gambar dia jer... Siap nak tukar-tukar baju laa.. 



Si Cilik Pilihan Mak Dara yang Ke empat ialah Qurratu Ain Irdina Binti Adi Putra berumur 6 tahun. Dia adalah anak sulung kepada blogger Wahyu Ismail seorang yang periang, mesra dan penyayang. Ain sangat meminati filem-filem Disney Princessess seperti kanak-kanak perempuan lain yang sebaya dengannya. Dia juga suka bergaya di depan kamera. macam-macam pose  dia nak buat.. tapi selalunya yg control cun laa....:))))..


Si cilik kat ats ni..namanya ~CICAM~ dan merupakan Si Cilik pilihan Mak Dara yang terakhir. Kata blogger katahatiku cicam yg sgt comel ni ske sgt bergaya bila ade orang nak amik gmbar dia. Dea suke sangat posing cute cute ala ala macam gambar di atas. Diaa sangat suka posing buat PEACE, lentok kepala, pakai sunglases, handbag..dan yang paling penting..dea akn senyum yang sgt comel smpai nmpk semua lesung pipit dea! gaya yang diminati jugak ala2 datin gituuuuuuu!

Terima kasih kepada  Azme, Adam Narzuan, Wahyu Ismail , katahatiku kerana sudi join segmen mak dara ini ya.. Nantikan lagi entry entry Mak Dara mengenai trend masa kini ya...

UNDERCUT - Gaya Rambut Terkini 2012

As salam duhai teman

Fesyen rambut semakin lama semakin berubah mengikut masa.. Namun fesyen rambut terkini pada tahun ini ialah gaya rambut yang digelar UNDERCUT.

pic by google

Hanya beberapa tahun yang lalu gaya ini dilihatkan sebagai gaya rambut yang hanya sesuai untuk golongan remaja sahaja namun terima kasih kepada media elektronik khususnya rancangan tv popular dan majalah gaya UNDERCUT yang wujud pada tahun 1920an telah kembali menjadi Trend fesyen terkini 2012 dan digayakan oleh semua remaja dan dewasa tak kira lelaki dan wanita.

Adik Mak Dara Adza Tuty yang memang berani menggayakan pelbagai gaya rambut turut menggayakan fesyen rambut UNDERCUT ini..

Adza Tuty

Haaa memang daringgg kan adik Mak Dara sorang ni... Sebenarnya gaya rambut ini telah pun dia buat pada 3 tahun yang lalu.. Memang a head of its time.. Mula mula semua orang tak faham fesyen rambut apa yang adik mak gayakan ini.. Pada tahun ini barulah semua faham haha..

Fesyen ini juga digayakan oleh ramai artis malaysia kini antaranya Hazama dan Alyah.. Mari kita lihat mereka dengan gaya UNDERCUT ini..

 Alyah - Pic oleh budiey.com

HAZAMA - pic oleh google

Haaaa memang stylo kan .. Mereka kelihatan lebih ranggi dan lebih up todate dengan gaya rambut UNDERCUT ini.. Jadi macam mana? Tak nak cuba gaya ini?