Thursday, May 17, 2012

GEEK GLASSES - Trend Cermin Mata Kini

As Salam Duhai Teman..

Gaya cermin mata besar atau kini lebih glamour di panggil Geek Glasses sebenarnya telah pun bermula pada tahun 1950an lagi.. Seperti juga trend dan fesyen lama yang telah diberikan nafas baru, gaya ini juga telah kembali dan menjadi ikutan trend masa kini.

Pada masa kini bukanlah satu perkara yang pelik apabila melihat seseorang yang tidak rabun memakai kaca mata berbingkai besar.Sesetengahnya pula, jika dilihat dengan jarak dekat, hanya memakai bingkainya manakala cerminnya pula sudah dibuang. Namun, itulah trend terkini bagi penggemar cermin mata.


Ramai juga ahli keluarga dan teman Mak Dara di facebook menggayakan Geek Glasses ini tak kurang juga dengan artis. Mari kita lihat gambar mereka dengan gaya ini jom..

 Heliza Helmi

حاذق ده فنكي
Athira Nur Liyana

Geek Glasses sesuai dipakai oleh lelaki dan juga wanita .. Kanak kanak juga comel mengenakannya..

Anak Mak Dara - Adza Isabella

Dania Sofea

Gaya ini juga bukan hanya terhad kepada remaja ataupun kanak kanak.. Dewasa dan mak mak budak macam Mak Dara pun boleh menggayakannya hehe nak interframe jugak kan ahaks..

kiri Adza Tuty dan Mak Dara

THE NERD IS THE NEW COOL..Jadi jangan takut untuk menggayakan geek glasses ini ok..