Friday, May 18, 2012

Pakaian Wanita Mengandung Oleh Jessica Simpson



Jessica Simpson satu nama yang tidak asing lagi di Hollywood adalah seorang penyanyi, pelakon dan usahawan yang semakin hebat.. Walaupun baru sahaja melahirkan anaknya Maxwell Drew namun itu tidak menyekat Jessica untuk mengmbangkan sayapnya dalam dunia perniagaan terutamanya dunia fesyen. Jesicca baru sahaja mengeluarkan keluaran pakaian maternity pakaian khas untuk ibu ibu mengandung..

Kata Jessica dia mendapat ilham untuk membuat pakaian pakaian ibu mengandung ketika dia masih hamil lagi dimana dia mengimpikan untuk mengenakan  pakaian kaftan animal-print semasa dia mahu ke hospital untuk melahirkan anaknya itu. Mari kita lihat antara koleksi pakaian mengandung yang dijual oleh Jessica jom..


Memang cantik cantikkan pakaian oleh Jessica ini kan.. Mengandung tidak bermakna para ibu ibu harus tidak menitik beratkan untuk menghias diri.. Pasti anda kelihatan semakin anggun jika bergaya ketika sedang sarat mengandung pasti bertambah tambah berseri jadinya..
Semoga Jessica dapat mengeluarkan banyak lagi pakaian mengandung. Oleh kerana kita berada jauh untuk membeli pakaian oleh Jessica ni tapi tak salah kita mengambil inspirasi dari pakaian pakaian di atas dan menggayakannya  dengan gaya kita sendiri.. selamat mencuba...