Monday, May 21, 2012

Pakaian Pengantin Pengasas FACEBOOK - Mark Zuckerberg & Priscilla Chan


Akhirnya pengasas FACEBOOK dan si bilionaire Mark Zuckerberg menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini kekasih hatinya Priscilla Chan yang telah bertahta di hatinya sejak mereka belajar bersama 9 tahun dahulu pada Sabtu lalu. Lebih menariknya perkahwinan mereka di adakan secara kecil kecilan. Tidak sampai seratus jemputan dijemput. Dan lokasi majlis perkahwinan mereka adalah di belakang laman rumah mereka di Palo Alto, California Amerika.

Fuhhh memang Mak Dara tabik spring dengan pasangan ini.. Cuba bayangkan seorang jutawan yang mempunyai aset sebanyak 19 Billion boleh mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang terhebat di zaman ini namun mereka memilih untuk mengadakan secara kecil kecilan di samping teman dan keluarga yang rapat.. Mudah mudahan ini menjadi contoh bagi kita semua terutama artis artis di Malaysia supaya tidak membazir dalam mengadakan majlis perkahwinan kan..

Namun yang menjadi tumpuan dalam setiap perkahwinan pastinya PAKAIAN PENGANTIN bukan.. 


Sesuai dengan tema kesederhanaan mereka.. Mark dan Priscilla mengenakan busana yang sederhana di hari perkahwinan mereka di mana Mark mengenakan suit biru gelap, tie dan kemeja putih manakala Priscilla mengenakan traditional wedding dress  with veil and lace . Dress putih lace yang dipakai oleh Priscilla walaupun simple tapi tetap kelihatan anggun sekali . Priscilla tidak mengenakan sebarang aksesori yang sarat.  Dengan gaya rambut "news anchor" membuatkan Priscilla kelihatan seorang pengantin yang moden .  

Tahniah kepada  Mark Zuckerberg & Priscilla Chan may you live happy ever after..

* pic oleh Mark Zuckerberg