Wednesday, May 23, 2012

Hijab dan Headband - Gaya Hijabers Terkini



Pemakaian hijab atau tudung bagi masyarakat Malaysia sememangnya sinonim dengan kehidupan wanita Islam di negara ini. Walaupun berhijab namun itu tidak menghalang mereka untuk mengenakan fesyen terkini selagi ia tidak melanggar batas batas agama.

Fesyen terkini yang semakin kerap mak dara lihat di kalangan remaja berhijab sekarang ialah gaya HIJAB DAN HEADBAND. Iaitu mengenakan hijab dengan menggunakan shawl dan dikemaskan dengan aksesori headband. Mari melihat gambar gambar teman mak dara yang menggayakan gaya ini jom...



Bertambah trendy apabila mereka menggayakan shawl dan headband ini kan.. Anda nak mencuba? Mari Mak Dara kongsikan video turorial cara cara memakai Tudung dan Headband.. Selamat mencuba... 


Model: Shieffa & Nurul Izzati
Gambar Oleh: Velove Shieffa Photography