Friday, May 25, 2012

TOP TEN DiGi WWWOW AWARD 2012 - TAHNIAH!


Assalam duhai teman..
Beberapa teman Mak Dara telah pun menerima email dan berita gumbira dari pihak DiGi WWWOW AWARD 2012 yang menyatakan mereka telah terpilih menjadi TOP TEN dalam DiGi WWWOW tahun ini!!! Tahniahhhhhh mak dara ucapkan kepada setiap seorang dari anda yang terpilih!!! Dan Mak Dara tumpang gembira apabila penyertaan somi Mak dara iaitu Martias Mohd Ali dalam kategori Yahoo Social Media Gathering Of The Year juga turut terpilih sebagai TOP TEN dalam kategori ini.. 

Mak Dara dan Somi mak Martias :)

Somi mak telah menerima email dari pihak DiGi semalam..

Email dr DiGi (klik utk besarkan pic)


Tidak kira apa pun keputusan dan siapa yang akan menang pada malam anugerah yang akan berlangsung 9hb Jun depan, terpilih menjadi Top Ten pun sudah terbaekkkkk kan...

Mak Dara juga ingin mengucapkan pada teman dan saudara Mak Dara yang juga telah terpilih menjadi Top Ten dalam DiGi WWWOW iaitu kepada anak saudara mak iaitu Elia Blog JEJARI RUNCING kerana telah terpilih dalam dua kategori iaitu dalam kategori BLOGGER OF THE YEAR dan Fave Kay Poh perghhhh cayalah Ya memang hebat terpilih dua kategoriiii!!! 

Tidak lupa juga kepada teman bloger Mak iaitu Mia Liana dan juga Ben Ashaari yang telah terpilih Top Ten dalam kategori BLOGGER OF THE YEAR.. Blogger Liza@Adzriel AB juga terpilih dgn Asteriskboutique dalam kategori Online Shop of the year..U guys are the best!!.. Dengar khabarnya blogger Denaihati dan Rotikaya juga turut terpilih tahniah! Dan kepada semua teman mak yang lain yang juga telah terpilih sekalung tahniah mak ucapkan kepada anda. Mak iringi doa untuk anda dan all the best..

Hanya doa ajelah yang dapat mak iringi anda.. Nak ke majlis tu rasanya macam tak dapat je sebab mak belum pun terima apa apa email dari pihak Digi.. Maknanya Mak Dara tak layak le terpilih untuk top ten kategori Fave Kay Poh huhuhu.. sedih memang sedih.. tapi I've done my best.. but my best is not good enough kot.. redha dan terima je hehe.. :)

So senarai TOP TEN terkini yang mak dara tahu ialah..(Senarai tidak mengikut rank ya hehe)

TOP 10 BLOGGER OF THE YEAR
4)
5)

TOP 10 NUFFNANG FAVE KAY POH
3)

TOP 10 ONLINE SHOP OF THE YEAR
1) Asteriskboutique

TOP 10 ONLNE OVER-ACHIEVER UNDER 15
2)

TOP 10 FAVE MAKAN MAKAN
3)

TOP 10 FAVE TECH HEAD
2)

TOP 10 SOCIAL MEDIA GATHERING OF THE YEAR

Pada sesiapa yang terpilih TOP TEN bagitau mak ye boleh mak masukkan dalam senarai di atas ye tankiuu.. :)