Thursday, May 31, 2012

Gaya Maternity Selebriti Popular


Salam Dolls,

Sekarang ni dah macam musim mengandung para selebriti terkenal, lepas seorang seorang seleb yang mengandung, terbaru hangat memperkatakan tentang Fasha Sandha bunting pelamin, dan ramai lagi.. 

Jadi jom kita lihat gaya selebriti mengayakan 'baby bump' mereka.. Boleh ambil idea untuk bakal-bakal ibu yang membaca entri Mak Dara ini..

 Alexandra Ambrisio

Siapa kata mereka yang mengandung tidak boleh gayakan kasut bertumit tinggi, adik bongsu Mak Dara tidak lepas dari mengayakannya setiap kali keluar, tetapi peringatan para doktor tidak mengesyorkan kepada ibu-ibu untuk memakainya kerana bimbang akan menyebabakan sakit belakang, serta takut jatuh dan sebagainya, namun bagi yang dah biasa itu tak apalah. Mak Dara sendiri tak suka pakai kasut tumit tinggi..


 Kourtney Kardashian

Satu lagi tips yang penting dimana kini ramai orang mengandung tidak hanya boleh membeli pakaian di kedai / butik mengandung namun baju yang besar seperti yang digayakan oleh Kourtney Kardashian ini juga ada dalam closet Mak Dara tau, ia selesa dan comel untuk digayakan oleh mereka yang mengandung dengan legging hitam :-) 

 Reese whiterspoon


Gaun Maxi juga selesa digayakan ketika mengandung, tidak lagi perlu risau tentang seluar dan sebagainya, one piece dress ini menjadi pilihan Mak Dara ketika MD mengandung dahulu, dan kini di mana-mana banyak menjual dress Maxi seperti ini, yang penting ianya strechable:) boleh digayakan dari awal kandungan hinggalah ke hujung trimester




Dress pendek juga comel jika digayakan oleh ibu-ibu yang mengandung, kerana pasti ketika mengandung diri sentiasa panas dan mahukan sesuatu yang selesa, dan bonusnya ia boleh dipakai selepas mengandung.. 

Jadi bagi bakal ibu, janganlah jadikan 'baby bump' anda itu sebagai satu halangan untuk bergaya, kerana ketika mengandunglah anda boleh pakai apa sahaja pakaian / dress yang anda inginkan tanpa perlu risau nampak gemuk.. :)

*pic by X17 Online

Sebelum itu, bagi ibu-ibu comel yang sedang mengandung, apa lagi jom twit Mak Dara di twitter @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD hantarkan gaya anda mengandung yang paling comel, dan yang terpilih akan dimasukkan ke entri seterusnya.. Boleh twit menggunakan @twitpic, @yfrog, @instagram, @lockers dan sebagainya...