Ramai pengguna facebbok telah kehilangan akaun facebook mereka hari ini.. Pada mulanya somi Mak Dara tak boleh buka FBnya.. Di tulis di situ bahawa akaunnya telah DISABLE akibat "FAKE ACCOUNT" heran juga kami dibuatnya.. Bila masa pulak somi mak fakekan akaun facebooknya.. Agak frust jugak somi mak seharian tadi sampaikan dia buka akaun fb yang baru..
Tak lama lepas tu Mak Dara lihat ramai teman Mak Dara antaranya seperti Sulu Sarawak, Feroz dan juga Cik Mat gebu ada menyatakan bahawa mereka juga mengalami perkara yang sama. Rupa rupanya somi mak tidak keseorangan mengalami masalah ini.
Syukur alhamdullilah akhirnya facebook somi mak dan teman teman yg mengalami masalah ini telah dapat kembali mengakses akaun facebook mereka..
Ada antara anda yang mengalami masalah ini? Dah dapat belom akaun FB anda itu? kalau belom dapat banyakkan bersabar ye insyaallah anda akan dapat semula akaun anda dalam beberapa jam selepas itu ye..