Wednesday, June 6, 2012

50% naughty 50% Nice


Anak bongsu mak Dara si Isabella ni memang le selalu mencabar kesabaranku.. Petang Mak Dara jerit jerit panggil dia suruh mandi tapi tak timbul timbul rupa rupanya dia pegi pakai google dulu baru nak mandi.. Oh anak ku rumah kita mana ada swiming pool nak oi.. hahaha memang sesuai le t shirt tu dengan dia hahaha


Blog Skema Atau Blog Meroyan?


As salam duhai teman.. Ada yang perasan dan ada juga mungkin tidak perasan akan perubahan drastik yang telah berlaku di blog Mak Dara dalam sebulan dua ni..Dari blog meroyan telah berubah menjadi blog skema dengan entry entry yang sungguh skema dan formal? Ada perasan tak? hehe perubahan itu telah mak dara lakukan demi mematuhi syarat syarat penyertaan Mak Dara dalam sebuah contest yang tidak mahu Mak sebut lagi namanya.. Memang mak menyesal betul membuat perubahan yang amat sia sia itu.. Disebabkan perubahan itu trafik blog mak ni merudum jatuh tapi itu tak penting sangat pada mak..Namun tetapi yang paling Mak Dara ralat ialah apabila ramai reader Mak Dara dah jadi malas nak menjenguk dan melawat blog mak ini dengan entry entry skema mak itu .. Benarkah apa yang Mak Dara rasakan ini?

Emmm mak dara nak tanya anda semua sesuatu? Anda semua lebih sukakan blog mak ini bertemakan "meroyanz" ataupun "skema" ?