Thursday, June 7, 2012

Tulis Entry Tanpa Gambar Ok Ke?


lain padang lain lalangnya.. lain orang lain blognya.. err boleh ke adjust pepatah ikut suka suki makcik jiran sebelah punya sepupu Mak Dara je kannn haha.Waduhhh angin meroyan mak datang awal jugak hari ni rupanya ye haha..  Yup mak dara nak bincang pasal entry.. entry bergambar atau entry yang tidak bergambar, mana lagi best?


Bagi Mak Dara macam tak cukup korum aje bila mak tulis entry tapi tidak diselitkan dengan sekeping dua gambor. Entah le rasa macam makan kari kepala ikan tanpa kepala ikan.. macam minum milo tanpa serbuk milo.. macam tidur tak peluk bantal busuk hehe. Ada kebaikan dan keburukannya menulis entry bergambar dan tidak bergambar ni dan meh lihat teori meroyan mak ni jom.

KEBAIKAN ENTRY BERGAMBAR

* pembaca lebih memahami apa yang cuba disampaikan
contohnya tengah tulis tentang baby yang comel, macam mana pembaca nak tahu baby tu betul betul comel atau tidak kalau tak diletakkan gambarnya kan. 

*pembaca tak perlu imagine lebih lebih
contohnya jika ada entry mengenai percutian yang best kalau ada gambar boleh le pembaca lihat tempat tempat yang menarik yang telah anda pergi tu. Makanya dia tak perlu le imagine je bagaimana rupanya pantai tu, resort tu dan sebagainya

Yang Tak Berapa Best  ENTRY BERGAMBAR

* masalah copyright
karang tak pasal pasal kena marah atau kena saman jika terambil gambar milik orang lain tanpa tidak disedari.

Ini selalu terjadi bila kita copy paste gambor di google atau di mana mana lah dan lupa atau tersalah tulis kredit pada tuan ampunya gambar. Kalau tuan ampunya gambor tu cool aje takpe lah tapi kalau sebaliknya kompom akan keluar entry entry marah lepas itu seperti yang terjadi pada anak buah mak dara baru baru ini walaupun dia telah pun meletakkan kredit pada google namun tetap dihamburkan dengan kata kata, entry dan komen yang sungguh menusuk kalbu.. Kesian anak buah mak dara tu. 

Tapi kalau di setiap entry di blog tu pakai gambar sendiri takde lah masalah itu kan..

* Entry yang hanya meletakkan gambar sahaja.
susah juga kalau buat entry hanya letak gambar aje tanpa sebarang tulisan atau penjelasan. seperti yang selalu mak buat di "wordless wednesday" Karang tak pasal pasal ada yang tersalah anggap..  Macam kes mak dara hari tu letak gambar lebih kurang macam ni 


Berderet deret ucapan tahniah yang mak dara terima kerana mereka sangka mak dara hamil lagi tapi yang sebenarnya yang hamil anak buah mak dara dan mak dara bakal bergelar nenek tak lama aje lagi hehe. Terus kasi delete entry itu ahaks.

Hmmm ini semua adalah teori dan pendapat Mak Dara tiada yang kena mengena sama ada yang masih berblog atau yang tidak hehe..Semuanya terpulang kepada keselesaan sendiri nak letak gambar atau tidak. Tepuk dada.. ishh tepuk dada dapat apa ye dak.. baik tepuk bantal tanya mengantuk ke tak haha..  Pendapat anda pulak bagaimana? Yang mana menjadi pilihan anda ketika menulis blog? Entry bergambar atau tidak Bergambar?