Friday, June 8, 2012

Tulis Entry Berjela Jela Ok ke?


As salam duhai teman.. semalam kita bincang tentang Tulis Entry Tanpa Gambar Ok Ke? dan banyak respon yang mak dara terima menyatakan bahawa mereka lebih suka menulis dan membaca entry yang mempunyai gambar rather than entry yang hanya penuh dengan tulisan aje..Seronok juga mendapat maklum balas yang  begini dah rasa macam forum pulak.. makanya hari ni Mak Dara nak tanya pulak pendapat anda tentang Tulis Entry Berjela Jela Ok ke?


Rasanya tak ada mana salahnya nak tulis entry yang panjang berjela jela sekiranya apa yang disampaikan kita tu menarik.. Namun entry yang panjang berjela itu haruslah mempunyai pengisiannya janganlah pulak menulis panjang lebar tapi pengisian takde langsung betul tak.

Ada pro and cons dalam menulis entry yang panjang panjang ini. Pro nya ialah pembaca akan lebih memahami apa yang kita tulis dengan membaca penerangan kita yang seterang terangnya.. sebab tu entry jadi panjang berjela tu sebab nak kasi pembaca jelas apa yang cuba kita sampaikan. Dan consnya pulak ada juga pembaca yang tak suka membaca entry yang panjang panjang dan hanya baca permulaan dan ending entry kita aje dan akhirnya mereka tidak faham apa yang cuba kita sampaikan..

Hmmm ini semua adalah pendapat dan teori meroyan Mak Dara aje ya. Tiada yang kena mengena sama ada yang masih berblog atau yang tidak hehe..Namun bagi mak dara tulis le panjang ke pendek ke selagi entry kita tu menariks tertariks pasti ada yang sudi membacanya kan hehe. Mak pun ikut mood kalau malas tulis pendek pendek.. kalau angin meroyan mak datang maunya panjang berkajang kajang haha.. Semuanya terpulang kepada keselesaan sendiri. Pendapat anda pulak bagaimana? Yang mana menjadi pilihan anda ketika menulis atau membaca sesuatu entry. suka Entry panjang atau yang pendek pendek aje?