Monday, June 11, 2012

Blogger Di tuttt** Kerana Pendapatnya Tentang Keputusan DiGi WWWOW Awards

As salam duhai teman..


Waduhhh sangka Mak Dara setelah habis sahaja DiGi WWWOW Award 2012 ini kontroversi mengenai contest ini makin menurun namun sangkaan Mak Dara salah belaka apabila makin banyak entri entri panas di keluarkan oleh beberapa pihak yang tak perlu lah Mak Dara highlight kan disini.. Rasanya semua pun sudah tahu dan maklum apa yang hangat diperkatakan oleh semua mengenai contest ini kan namun tidak sekali kali Mak Dara menyangka bahawa kehangatan isu itu bakal meletus di kotak komen blog Mak Dara semalam apabila salah seorang dari blogger yang telah meninggalkan pendapatnya di entry Senarai Pemenang DiGi WWWOW AWARDS 2012 telah di tuttt*** oleh anonymous ...


Oh Mak Gayah.. Mak tahu semua mempunyai pendapat masing masing mengenai keputusan yang telah dikeluarkan itu dan mak hormati setiap pendapat anda tapi rasanya tak guna jika kita berbalah sesama kita dan melemparkan perkataan seperti ini.. Ary mempunyai pendapatnya dan mak pasti Anonymous juga mempunyai pendapatnya sendiri. Mak faham jika ada yang emosional dengan keputusan yang telah dikeluarkan..  its seem that the result has been getting on everybody's nerve kann. So nasihat mak.. lets chill dan relax.. Jika ada sebarang yang anda ingin katakan apa kata anda tulis email dan hantarnya terus kepada pihak penganjur at least apa yang terbuku di hati dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya kan..

Pada Ary Mak Dara ingin meminta maaf atas komen yang telah ditulis pihak Anonymous di blog Mak Dara ini. I've deleted the comment already . From the bottom of my heart im sorry . And i just want you to know that the comments doesn't come from me and hopefully blog Mak Dara its not to be blame.. ye lah tersedak mak dara baca bila nama Mak Dara banyak kali juga di sebut di blog Ary  dan di komen komen di entry Ary Lee Di-F*ck Kerana Kelantangan Bersuara Mak Dara harap Ary tidak serik serik ke blog Mak Dara lagi ye..