Mencari ilham bukan sahaja di meja pejabat sahaja bagi Mak Dara ilham ada di mana mana dan lebih banyak ilham jika mak dara berada di outdoor.. Terbaru Mak Dara mencari ilham di bawah pokok di Taman Tasik Titiwangsa hehe
Projek skrip terbaru yang mak dara tulis bersama adik mak dara Adza Emie dan somi mak Martias Ali bertajuk OPERASI D6 sebuah drama bersiri 13 episod bertemakan penyiasatan . Based on SPRM kisah rasuah rasuah..
Fuhhhh besttt benor cari ilham di bawah pokok tu.. lajuuu je tangan tulis jalan cerita.. Dah lama tak buat kerja gunakan pen selalu petik je jari jeri ke komputer . Tapi yang selamatnya bila buat kerja tak gunakan komputer ini ialah dapat jauhi diri tangan gatal klik ke internet terutamanya FB dan blog hehehe sebab tu lajuu je keje mak..
Esok esok kalau idea makin kering mak dara planning nak buat keje atas pokok pulak lah amacam kompommm banyak idea yang datang kann hehe