Tuesday, June 19, 2012

Selamat Tinggal....

Waduh pepagi ni emo pulak Mak Dara dibuatnya.. Kenapa? Maunya tak emo, somi mak Martias Ali telah pun bertolak sebentar tadi ke LRT Sri Rampai seterusnya ke KL Central.. seterusnya ke Airport dan seterusnya ke Sabah pada pagi ini.. 

Somi mak ke sana kerana untuk arahkan sebuah rancangan dokumentari di sebuah tempat di Sabah.. Dah lama juga dia tak jadi pengarah sejak kebelakangan ni asyik sibuk dengan projek projek menulis skrip yang tak habis habis itu hehe.. Sebelum somi mak bertolak sempat le mak snap beberapa keping gambar untuk tatapan anak anak yang pasti akan rindukan papa mereka yang akan pergi selama seminggu itu.. errr sebenor benornya untuk tatapan mak juga lah hahaha sapa tak rindu somiii oiiiii seminggu tuuuu hehehe

haa tangan tu better means peace 
bukan tanda nak cari cawangan ke dua ye bang hahaha...


time ni rasa macam nak nyanyi lagu akademi fantasia pun ada haha

selamat tinggal.. tata titi tutu

Somi mak akan shoot dokumentari mengenai SISTEM TAGAL di Sungai Morroli Sabah.. Mengenai ikan ikan yang dilindungi di sebuah sungai di sabah.. Dokumentari ini untuk disiarkan di RTM tak lama lagi .

Apa apapun selamat tinggal dan bon voyage untuk somi mak.. semoga shooting nanti akan berjalan dengan lancarnya insyaallah...