Semalam Mak Dara telah menerima satu lawatan istimewa dari anak selebriti Chef Wan iaitu Serina yang telah datang bertandang ke rumah Mak Dara untuk bincangkan projek terkini untuk saluran Astro. Mak Dara dah beberapa kali bertemu Serina tapi ini merupakan pertama kali Serina datang ke rumah Mak Dara.
Rupanya Serina ni memang banyakkkkk ideanya.. Dia mahu membuat 2 rancangan memasak di mana dia menjadi host rancangan itu dan seorang cef selebriti dari Moroco menjadi chef di rancangan itu.. Fuhhh memang hebatttt... Serina juga meminta Mak Dara untuk buatkan sebuah rancangan dokomentari 13 episod mengenai sambutan perayaan.. Kalau Mak nak buat sorang sorang memang tak sempat le nasib baik adik Mak Dara Adza Emie akan membantu mak untuk siapkan semua proposal itu bersama sama..
Mak Dara sedang berbincang dengan Serina di meja makan ;)
Bincang punya bincang sampai makan pun kami masih berbincang.. Fuhhhh memang best la dapat bekerjasama dengan Serina ni sebab dia memang banyak idea and she is soooo sweet .. Sayangnya perbincangan kami tak boleh lama lama sebab Mak kena pergi ke sambutan hari jadi Ibu Mak dara yang ke 61 semalam.
Mak Dara bersama Serina
Ibu Mak Dara bersama Serina
Sebelum Serina pulang sempat juga ia mengucapkan selamat harijadi kepada Ibu Mak Dara.. Happyyyyy le Ibu mak dara sebab dia memangggg minat Chef wan hehe..
Ok doakan semoga Mak dan adik Mak Dara berjaya siapkan proposal proposal rancangan memasak dan rancangan dokumentari itu ya.. ;)