Friday, June 22, 2012

Kain Batik Masihkah Dipakai Setiap Hari


Pagi pagi ni terasa lain dan semacam pula jadinya mak dara.. Kenapa? Dek kerana mak dara mengenakan kain batik dan bukannya seluar jeans atau seluar slacks atau skirt panjang macam yang selalu Mak dara pakai hehe.. Entah kenapa hari ni mood nak berkain batik dan merasakan diri ala ala perempuan melayu terakhir gitu..

Memang paling selesa adalah memakai kain batik di rumah namun mungkin batasan waktu dan kerja membuatkan mak jarang jarang kadang kadang pakai kain batik.. Dan bila dah pakai ni terdetik juga dihati.. masih adakah wanita yang memakai kain batik setiap hari? Pastiiiiii ramaiii kan.. atau ada yang macam mak hanya pakai sekali sekala ataupun time mak mertua datang aje baru kalut nak sarung kain batik tu haha.. Anda macam mana?

Hmmm rasanya jap lagi nak buat segmen AKU , KAIN PELIKAT DAN KAIN BATIK..haaa senang lelaki dan wanita boleh join nanti. cepat tangkap gambar anda pakai kain pelikat atau batik dan nantikan segmen ini tak lama lagi hokayyy hehe
Published with Blogger-droid v2.0.6