Saturday, June 23, 2012

Selamat Tinggal "Isteri Isteri Terdesak"

"Isteri Isteri Terdesak" atau dalam bahasa Inggerisnya "DESPERATE HOUSEWIFES" bakal menayangkan episod terakhirnya tak lama lagi.. Waduhhh dah hampir bertahun tahun Mak Dara mengikuti rancangan ini sejak dari musim pertama hingga ke musim ke lapan dan macam tak percaya aje yang drama ini akan tamat pada hari Jumaat hadapan.


Dan bersempena dengan tamantnya rancangan ini saluran STARWORLD telah mulakan rancangan "DESPERATE HOUSEWIFE MARATHON" Coundown To Finale yang bermula pada hari ini yang menayangkan semua episod musim ke 8 dan mak antara yang tidak lepaskan peluang tercongon di depan TV menonton marathon ini...


Dah banyak episod mak tonton hari ini.. Bagus jugak ada ulangan semua episod ni dapat lah mak dara menonton episod episod yang mak terlepas tonton tu hehe.

Barisan pelakon Desperate Housewife bersama MARCH CHERRY
memenangi Golden Globe Award

March Cherry adalah creator , penulis dan eksekutif producer bagi rancangan hebat ini. Suami Mak Dara berkesempatan bertemu dengan Marc Cherry semasa beliau telah menjadi satu satunya peserta yang mewakili Malaysia bagi menghadiri Screen Writing Expo yang bertempat di Los Angeles pada tahun 2006 yang lalu..

Somi Mak Dara Martias Ali bersama Marc Cherry

Semasa dalam Screen Writing Expo itu Marc Cherry menceritakan bagaimana dia mendapat idea untuk rancangam DESPERATE HOUSEWIFE itu.. Katanya satu hari dia pulang kerumah ibunya dan di sana dia melihat ibunya setiap pagi dan setiap hari pasti akan bertemu dengan para jiran jirannya dan mulai bergossip antara mereka dan mereka juga saling bantu membantu antara mereka maka lahirlah DESPERATE HOUSEWIFE!!!! memang kreatifffkannnnn....

Namun sayangnya setiap yang bermula pasti akan berakhir dan masanya untuk kita ucapkan selamat tinggal kepada DESPERATE HOUSEWIFE pada Jumaat nanti.. Hmmmm habis ni mak dara tak tahu lah nak tengok cerita apa lagi huhu.. Anda bagaimana? Ada yang suka dengan cerita ini?


Award Terjah MakLady of the Month





Haaaaa amacam Mak Lady.. Ok tak entry mak dara yang di ambang kemeroyanan yang melampau ini hahahahaha. Ok semua kawan kawan jom le join contest "Award Terjah MakLady of the Month" yang menariks tertariks ini.. Untuk join sila klik di SINI ye.. all the best semuaa...