Di tengah malam macam ni pasti yang ramai dah terlelap ada yang tengah layan tengok TV tapi mak... haaaaa mak dara tengah dok search online shop untuk beli baju raya..
Haaaa jangan heran jangan terkejut.. Angin meroyan mak pun tak datang malam ni mak memang dalam keadaan waras malam ni hahaha.. Cuma tahun ni mak dara agak sibuk dengan menulis beberapa skrip drama terbaru yang akan bermula minggu depan sehinggalah bulan ogos nanti maknanya nak raya baru kerja mak dara siap.. Makanya tahun ni mak berazam nak beli baju raya awalllll... Memang awal bebenor sebab puasa pun belum mula mak dah pegi cari baju raya hahaha... Takpe biar cepat takut nanti terburu buru pula kannnn...Cuma agak konfius nak warna tema apa tahun ni..
Tahun 2009 tema warna MERAH, tahun 2010 warna GOLD dan HITAM dan tahun lepas warna KELABU
Aidikfitri 2009
Aidilfitri 2010
Aidilfitri 2011
Apalah gamaknya warna tema mak tahun ni ye.. Rasa macam nak kaler turquoise aje hehe.. Namun rasanya tahun ni lebih bermakna dan agak berbeza juga untuk Mak Dara kerana pada tahun ini Mak Dara akan beraya bersama imej baru.. Imej "penghijrahan" mak dara ini.. So tahun ni kena masukkan selendang atau tudung dalam list pakaian untuk baju raya.. waduhhh tak sabar pulak nak raya hehe