Friday, June 29, 2012

Dengan hanya sekali lafaz Irma Hasmie Kini Milik Redza Syah Azmeer

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada pasangannya, Redza Syah Azmeer Dato’ Hj Mohd Radzuan pada jam 3.55 petang tadi.

 Redza Syah Azmeer Dato’ Hj Mohd Radzuan melafaskan akad nikahnya

Selamat pengantin baru Irma dan Redza
pic by www.budiey.com

 Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Teringat kembali beberapa pertemuan Mak Dara bersama irma salah satunya ialah pada penghujung tahun lepas di NZ Garden KL. Irma datang bersama teman rapat Mak Dara dan di sana kami berkenanalan.. She is sooooo sweet and so humble and very down to earth..

Mak Dara dan Irma

Pertemuan seterusnya ialah apabila somi mak Dara iaitu Martias Ali telah dijemput menjadi tetamu dalam rancangan ASSALAMMUALAIKUM di saluran TV AL HIJRAH tak lama dahulu yang turut dihostkan oleh Irma Hasmie dengan membincangkan tentang topik "Filem Pendek".
 Somi mak dara (dua dari kiri) sedang ditemuramah 
dan dihujung kanan sekali ialah Irma bertudung pink ;)

Tidak lama dahulu Irama juga pernah berlakon dalam salah sebuah drama bersiri 26 episod hasil skrip oleh Mak Dara yang berjudul BIAR RAHSIA yang ditayangkan di RTM1 yang telah diterbitkan oleh David Teoh dan Metrowealth dan telah diarahkan oleh Ahmad Idham itu.

barisan pelakon drama BIAR Rahsia


Memang mantap lakonan Irma dalam cerita ni.. memang seperti apa yang mak dara bayangkan tatkala sedang menulis skrip drama ini.. Semoga dapatlah bekerjasama lagi dengan Irma pada drama drama mak dara yang akan datang mudah mudahan ye..

Apa apapun Selamat pengantin Baru dan sekalung tahniah diucapkan kepada Irma dan juga pasangannya Rezza semoga jodoh mereke kekal hingga ke anak cucu amin..


Jom Kenali Silent Reader Ini..

 As salam.. Semalam Mak Dara ada mengadakan satu segmen bertajuk  Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak. Fuhhh tak sangka juga Mak ramai juga yang menjadi silent reader seperti Mak Dara ini.. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan Mak Dara menjadi silent reader apabila singgah di blog blog anda. Namun mak dara nak tekan kan disini iaitu bila kami tidak meninggalkan komen atau jejak itu tidaklah bermakna kami tidak hargai, sukai atau membaca entry entry di blog anda oh tidak... Kami amat hormati hargai dan suka blog blog anda namun sifat pemalu kami aje membuatkan kami menjadi silent reader dan low profile.. orang putih kata shy shy cat gitu hehehe.


Ok apakata jom kita berkenanalan dengan geng  silent reader mak ni jom!!

5)http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/06/segmen-saya-seorang-silent-reader-tapi.html
6)http://putributterflypunyablog.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
7)http://emmaeema.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
8) http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
9)http://betakupu.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
10)http://msvelentine.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
11) http://watdehack9.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
12) http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
13) http://www.anisempoi.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
14) http://lokmanramli.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
15) http://ceriteranurifa.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
16) http://etyhanafiah.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html
17) http://umikasum.blogspot.com/2012/06/saya-seorang-silent-reader-tapi-saya.html

Jom le saling terjah menerjah.. boleh juga dapat kenalan baru dan dapat meraapatkan ukhwah antara kita jommmmm..

Jumaat Yang Terindah

Salam Jumaat bagi semua teman Mak Dara yang dikasihi.. 
Di pagi Jumaat yang mulia ini marilah kita sama sama mencari keberkatan dariNya  dan semoga Jumaat ini menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih bertaqwa .. Haaa amacam boleh masuk rancangan Ustazah Pilihan tak untuk musim akan datang heh.. Mak Dara ni asyik dengan entry meroyan aje sesekali nak juga membuat entry yang sebegini.. maybe dah ramai yang tahu kelebihan hari Jumaat ni,tapi mungkin juga ramai yang belom tahu.Jadi,tak salah jika Mak Dara nak cerita sikit apa kelebihan penghulu segala hari ni ye..

(cantik tak tulisan tangan Mak Dara ;)

1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
p/s: bagi kaum lelaki selamat mengerjakan solat Jumaat ye..