Saturday, June 30, 2012

AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN

Tiap kali tibanya bulan Syaaban pasti Mak akan terkenang sebuah drama yang mak dara tulis bersama somi mak Martias Ali iaitu drama berjudul ADILFITRI DI BULAN SYAABAN...


Drama ini dilakonkan oleh Joey Daud , Rashidi Ishak dan Shajiry..Mak Dara rasa skrip ini adalah yang paling seronok pernah Mak dara tulis.. Nak nak lagi bila menulis bersama sama somi kann bertambahlah terujanya hehe.. Ada yang pernah menonton drama ini? 

Pada yang belum pernah melihat drama ini meh mak dara ceritakan secara ringkas kisah drama ini ya.. Joey Rashidi dan Shajiry merupakan 3 rakan baik dan tinggal serumah.. Joey seorang yang agak pemalas untuk bekerja lalu dia ke klinik milik Rashidi dan meminta Rashidi memberikan dia MC namun Rashidi mendesak untuk membuat anual checkup terhadap Joey dahulu sebelum dia memberikan Joey MC.. Oleh kerana terlalu malas untuk ke tempat kerja Joey akhirnya bersetuju.. Akhirnya laporan kesihatan Joey diterima dan semua terkejut apabila mendapati bahawa Joey menghidap penyakit kronik dan dijangkakan jangka hayat hidupnya tidak lama saja lagi iaitu dua bulan dari hari itu. Joey sangat sedih mendapat berita itu. Rashidi dan Syajiry berjanji akan menunaikan apa sahaja permintaan terakhir teman mereka itu. Dan joey menyatakan niatnya untuk menyambut raya buat kali terakhir. Joey dibawa pulang ke kampung Shajiry dan Rashidi bersama orang orang kampung mula membuat persiapan olok olok mereka walaupun pada bulan itu bukan bulan ramadhan tetapi adalah bulan syaaban namun semua mahu menunaikan hajat terakhir Joey itu.

Joey menjadi semakin melampau apabila menyatakan bahawa dia teringin rasa bertunang dan shajiry merelakan kekasih hatinya untuk ditunangkan kepada Joey hanya untuk menunaikan hajatnya itu. Namun Shajiry menegaskan kepada kekasihnya itu bahawa mereka akan bersatu semula setelah Joey meninggal dunia nanti. Bukan itu sahaja Joey turut meminta motor baru yang dibeli Syajiry dan macam macam lagi dan semua permintaannya itu ditunaikan oleh Shajiry dan Rashidi walaupun ppada ketika itu mereka mulai bengang dengan sikap joey yang mengambil kesempatan atas sakitnya itu..

Pada pagi hari raya olok olok di bulan Syaaban itu Joey dan kesemua mereka menyambutnya dengan syahdu kerana merasakan ini kali terakhir joey akan meraikan hari raya. Tiba tiba Rashidi mendapat panggilan dari kliniknya menyatakan bahawa laporan kesihatan Joey telah tertukar dengan seorang lagi pesakit yang lain dan mereka katakan bahawa Joey tidak mempunyai sebarang penyakit dan amat sihat sekali. Mereka memaklumkan hal itu kepada Joey namun terlambat apabila Joey sudahpun mengetahui hal itu terlebih dahulu dan telah melarikan motor dan semua hadiah pemberian Rashidi dan Syajiry bersama sama kekasih hati Syajiri.


Memang kelakoar benar Joey, Shajiry dan rashidi membawakan watak mereka masing masing.. Memang seperti apa yang kami gambarkan masa kami menulis skrip drama ini.. Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali dan telah keudara di Astro Ria beberapa tahun yang lalu..

Hmmm bilalah dapat buat lagi cerita komedi raya macam ni lagi ye huhuhu...

Mak Dara Bercamping @ Port Dickson

Pada saat dan ketika anda membaca entry ini pastinya Mak dara telah pun berada di Port Dickson bagi menyertai satu event yang telah dikendalikan oleh somi mak dara Martias Ali dan group MALAYSIAN BACKPACKERS dimana somi mak merupakan president bagi kelab itu hehe. Event itu adalah MBC MEGA GATHERING 2012.
Ini pertama kali Malaysian Backpackers Group buat acara camping.. selalunya kami akan buat event backpacking di dalam dan luar negara tapi akan bermalam di hostel ataupun rumah tumpangan atau homestay namun kali ini yang pertama akan bermalam dalam khemah.. Pastinya meriahhhhhhhh malam nanti.. Dalam perancangan kami malam ni akan buat acara bbq dan macam macam lagi.. Fuhhhh sungguh terujaaaaaa.. 

Namun yang sedih tu kerana Mak dara terpaksalah tinggalkan blog kecintaan Mak Dara ini kerana pastinya susah nak cari line kat tepi pantai tu kan.. Jadi kalau boleh tu boleh le uols tolong tengok tengokkan blog Mak Dara sementara ketiadaan Mak Dara ni ye.. Tenkiuuuuuu sayang korang ketat ketat ;)