Pada hujung minggu yang lepas Mak dara telah ke Port Dickson bagi menyertai satu event yang telah dikendalikan oleh somi mak dara Martias Ali dan group MALAYSIAN BACKPACKERS dimana somi mak merupakan president bagi kelab itu hehe. Event itu adalah
MBC MEGA GATHERING 2012.
Ini pertama kali
Malaysian Backpackers Group buat acara camping.. selalunya kami akan buat event backpacking di dalam dan luar negara tapi akan bermalam di hostel ataupun rumah tumpangan atau homestay namun kali ini yang pertama akan bermalam dalam khemah.. Namun yang sedihnya seramai 139 ahli Malaysian Backpacker kompom akan menyertai acara camping ini last last nan hado... Tak sampai 20 orang yang hadir tu pun setelah dicampur dengan ahli keluarga mak dan anak anak mak dara hahaha.. Tu lah jadinya bila buat event guna facebook diorang pakai klik je kata "attending" tapi datangnya idok haha.. Takpe takde masalah yang penting the show must go on.. Err ade show ke hahaha.. Ok moh mak sharekan sedikit gambar gambar perkhemahan kami tu ye.. enjoys...
antara peserta camping.. setengah lagi tengah pasang khemah hehe
sempat lagi mak posing ngan somi sedangkan semua org tgh psg khemah ;)
khemah dah siap pasanggggg >_*
di hadapan khemah khemah kami.. mak bersama somi & anak anak
acara waktu ptang.. mandiiiiiiii... haa nampak tak kepala hitam tu
itu mak dara tengah berenang ye bukan dugong hahaha
underwater pic with anak dara mak ;)
bercanda di pasiran pantai hehe
naik banana boat bersama anak sulong mak Adza Haiqal
naik boat bersama anak anak
somi mak (tengah) bersama ahli mbc naik "DONUT"
suasana kawasan perkhemahan waktu malam
malam aktiviti bbq dijalankan.. dimaklumkan semua ayam2 ini habis di makan
anak anak mak dara di hadapan khemah mereka
anak anak tido dalam khemah..
panas punya pasal sampai koyak kotak buat kipas hahaha
panas punya pasal sampai mintak tido kat luar khemah haha
good morning.. we survive campingggggg!!!!
anak anak jerit yeayy boleh balik tido atas katil hahaha
jom balikkkk!!! Yeaaa yeahhhhhh (anak bongsu mak si Isabella)
Maka itulah antara rentetean yang berlaku sepanjang acara perkhemahan 2 hari satu malam itu.. Memang seronok dan besttt.. Ini mak cuma uploadkan gambar gambar mak bersama family je.. Kalau masukkan aktiviti mak bersama geng mbc perghh mau sampai 2 kilometer panjang jelanya kena scrool sampai ke bawah haha...
Pada sesiapa yang minat mengembara cara backpacking boleh le join group
Malaysian Backpackers Group ye.. Group somi mak ni ahlinya dah lebih 8 ribu ahli.. Dan hampir setiap hari pasti ada saja yang postkan pengalaman backpacking mereka di wall group itu.. Tidak kurang jugak banyak event event backpacking.. Ok pastinya mata anda pun dah berpinau pinau dek kerana banyak sangat nengok gambor yang mak upload.. tankiuuu ye sudi layan entry mak kali ni... sayang korang ketat ketat ;)