Beberapa hari yang lepas bagai nak luruh jantung mak dara tatkala mak membuka laman Twitter mak @ https://twitter.com/adzairdawati dan terbaca tweet ini...
"Regarding your blog post" Uwaaaaa nebessss mak tatkala membacanya.. Kepala otak mak terus berpikir.. Aiseymen apa yang aku tulis di blog mengenai hotel ni.. Adik mak yang ada bersama mak tatkala itu terus kata.. Haaaa entah entah dia nak hantar saman tak? Perghhhhhh lagilah getaq lutut tak hengat.. Kenapa pulak dia nak saman mak? Ada sesi kutuk mengutuk kah..
Mak pantas search.. Dan akhirnya mak terjumpa cuma dua aje entry yang berkaitan dengan hotel itu iaitu entry Worls Blogger & Social Media Awards 2012 dan entry Gambar Eksklusif majlis Perkahwinan Wartawan Melodi Saiful Azmi Jamsari & Dalina dalam kedua dua entry tu tak adalah pulak kata kata yang boleh membuatkan mak dara di saman. Somi mak yang dah terbiasa dengan sikap meroyan mak terus kata pada mak, cuba jangan fikir yang bukan bukan...balas le tweet tu kasi je email address then baru boleh tahu apa yang nak dihantarkan oleh pihak hotel tu kepada Mak.. Jadi mak pun hantar.. Tak lama lepas tu mak dapat reply dan berbunyi..
Ohhhhh rupa rupanya Hotel Sunway Putra KL ni ingin meminta keizinan dari mak untuk postkan entry Mak Dara mengenai entry Gambar Eksklusif majlis Perkahwinan Wartawan Melodi Saiful Azmi Jamsari & Dalina di laman facebook, twitter, linked dan lain lain lagi... Fuhhhh mak tarik nafas lega.. Rasa macam nak seligi je adik mak yang mention bab bab saman ni hahahahaha... Jadi mak pun reply lah dan memberi keizinan untuk pihak Hotel Sunway Putra untuk menggunakan entry mak itu untuk tujuan promosi pakej perkahwinan hotel mereka.. Fuhhhhhh rasa bangga woooooooo... Firts time satu nama yang besarrrrr seperti HOTEL SUNWAY PUTRA KL memandang jugak akan blog picisan mak ini.. Rasa nak nagis pon ada ni... Dan seperti yang telah dijanjikan... tadaaaaaaa
Pihak HOTEL SUNWAY PUTRA KL telah pun promotekan entry mak dara di fanpage facebook mereka!! waduhhhh tiba tiba rasa macam ada dalam iklan beserta dialognya "terasa diriku begitu berharga" hehehe....
Terima Kasih Sunway Putra Hotel KL! U guys are the best!!!!!!!!!