Assalammualaikum... Sedar sedar aje hari ini ialah 7hb Julai.. Memang cepat bebenor le hai masa berlalu bila kita tengah sibuk sibuk ni kan.. Nasib baiklah anak Mak dara yang ingatkan bahawa hari ini adalah majlis persandingan kedua pasangan pengantin baru iaitu Abang Joey Daud dan Watie Elite.. Nasib baik tak terlepas uols.. Mati mati mak ingat majlis tu ialah pada hari ahad hehe...
Sebenarnya Abang Joey ni adalah teman karib somi mak.. Kami dah kenal lama.. Banyak juga Abang Joey berlakon dalam drama hasil skrip Mak Dara dan somi antaranya ialah.. Drama bersiri Suasana , Aidilfitri Di Bulan Syaaban dan banyak lagi
somi mak Martias Ali, Joey Dan Cico
Dulu boleh dikatakan kemana saja somi mak pasti akan pergi bersama Abang Joey dan juga Cico iaitu anak kepada seniwati Uji Rashid.. Namun dek kekangan masa dan semua sibuk dengan kerja masing masing sekarang dah susahhhh sangat nak berjumpa dan minum minum heheh. Apa apapun Abnag Joey tak lupa menjemput Somi dan mak dara ke majlis persandingannya bersama Watie yang akan berlangsung pada malam ini di Subang.. Siap kasi kad kahwin lagi.. Memang klasik simple and nice kad kahwin mereka tu..
Nice and sweet kan kad kahwinnya.. Walaupun acaranya adalah malam ini tapi Mak Dara still blur apa yang mak dara akan pakai pada malam ni.. Ok lah mak nak pegi cari adik mak si Emie tu.. Dia adalah penasihat 25% mak dara.. Dia memang pandai pilihkan baju untuk setiap event yang mak dara pegi.. Ok tatatititutu.. Mak Dara undur diri dulu ya.. Karang bila mak balik, mak kasi hupload semua gambar gambar eksklusif majlis ini ya....