Sunday, July 8, 2012

GAMBAR EKSKLUSIF : Persandingan Kedua Joey Daud & Watie Elite

Semalam 7hb Julai 2012 maka berlangsunglah Majlis Persandingan atau Majlis resepsi kedua bagi pasangan pengantin Abang Joey Daud dan Watie Elite. Majlis persandingan pertama telah dilakukan bersama sama dengan pasangan Azza Elite dan suaminya tak lama dulu.. kali ni bersanding mereka berdua aje hehe. Mak Dara dan somi Martias Ali turut menerima jemputan dan turut sama memeriahkan majlis persandingan mereka di Subang semalam... 

Masuk tahun ini rasanya dah lebih 7 tahun mak dara dan somi mengenali Abang Joey.. dan banyak juga Abang Joey berlakon dalam drama hasil skrip Mak Dara dan somi . Abang Joey dari dulu sampai sekarang memang tak sombong.. Bayangkan semalam masa tengah sibuk sibuk dari memotong pulut yang menggantikan kek beliau sempat lagi tangkap gambor bersama mak dan somi.. Memang tak pernah lokek dengan senyuman dan lawak dia tu.. Memang sempoiiiii.. 


Mak Dara bersama Abang Joey dan Watie

Somi mak dara bersama Joey & Watie

Eh eh.. Takkan tiba tiba dah gambor ke acara potong pulut kata ko hehe.. Ok ok moh mak dara berhenti membebel kejap dan mari mak dara sharekan gambar sepanjang perjalanan majlis resepsi ini dari mula sampai akhir majlis ya... enjoys...

setibanya kami tiba ke khemah yang disediakan

Mak Dara duduk di hadapan Zamarul dan Diana Rafar

ketibaan kedua mempelai diiringi dengan alunan kompang

anak watie turut mengiringi ibunya ;)

menuju ke pelamin impian


persembahan kompang dan tarian

mak dara bersama tetamu antaranya Abang Nash dan Mak Jah


Setelah kedua dua mempelai duduk bersanding di atas pemain mereka terus dipersembahkan dengan paluan kompang dan tarian yang sungguh mengasyikkan.. Lepas itu acar menepung tawar pengantin dijalankan.. lebih kurang 15 jemputan dijemput untuk merenjis tawar antara yang dipanggil oleh announcer adalah, Along dari kumpulan EXITS, Abang Nash, Mak Jah, Datin Zarina Zainuddin, beberapa ahli terdekat keluarga pengantin perempuan dan lelaki dan yang hampir terakhir dipanggil cuba teka siapa.... hehehe... Somi mak Dara Martias Ali turut diberi penghormatan untuk merenjis pengantin baru... ;)

Somi mak sedang merenjis kedua mempelai

dapat bunga telur yang sangat cantik

kembali ke tempat duduk.

Masa untuk menjamu seleraaaaaaaa ;)



Mak Jah dan Nash yang semeja bersama Mak Dara ;)

Dalam kemeriahan majlis itu Mak dara dan somi sempat berbual bual dengan Mak Jah dan Abang Nash.. Somi mak sempat lagi bincang tentang projek drama yang dicadangkan oleh Abang Nash.. Abang Nash suruh somi mak buat satu drama dari lagunya "PADA SYURGA DI WAJAHMU" dan beri sedikit jalan cerita untuk drama itu.. wahhhh memangggg terbaekk lah abang Nash.. Memang bestttt bebenor idea idea yang diberikan kepada kami. Takpe bang kalau jalan projek ni kitaorang cadangkan supaya abang jadi heronya ye ;)

Maka tak lama lepas tu berakhirlah sudah majlis resepsi persandingan kedua antara Abang Joey dan Juga Watie.. Namun sebelum pulang sempat le jugak mak dara snap snapkan beberapa keping gambor lagi...

pelamin persandingan Joey dan Watie


Meja makan beradap 



Mak Dara bersama Diana Rafar

Sebelum balik sempat juga mak dara berbual dengan Diana Rafar.. Lama bebenor tak jumpa dengan beliau.. Last sekali jumpa masa adik Mak dara Adza Tuty buat promosi album mereka iaitu kumpulan GIM dulu hehehe. 

Kumpulan G.I.M Girls In Music
dari kiri Adza Tuty,Diana Rafar, Shazlin, Onie dan Ate

Sayanggkan satu album saja yang sempat dirakamkan oleg mereka.. Takpe sekurang kurangnye ada lah jugakkan kenangan nanti.. Eh tetiba boleh lari topik kata ko haha.. Ok nanti nantilah mak dara buat entry mengenai kumpulan GIM ni ye.. 

Ok maka itulah saja gambar gambar eksklusif Persandingan Kedua Joey Daud & Watie Elite yang sempat mak rakamkan semalam.. Pada yang nak kopipes gambor gambor ni silakan takde masalah cuma kasi le backlink ke sini ye hehe.. 

Kepada Abang Joey dan Watie Elite Mak dara nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU semoga kekal ke anak cucu insyaallah amin....