Friday, July 13, 2012

Justin Bieber Dan Selena Gomez Jalan Jalan Di Wangsa Walk Mall

Oh Mak Gayah... satu hari ni penuh lah di wall wall facebook teman Mak Dara yang kecoh tentang beberapa keping gambar yang panasssss . Gambar apa?Gambar  Justin Bieber Dan Selena Gomez sedang berjalan jalan... Diorang jalan jalan pun nak meroyan nak kecoh kata kooo.. Maunya tak kecohhhhh difahamkan bahawa pasangan retis Hollywood ni berjalan jalan di WANGSA WALK MALL... makkkkk aiiiii 3 minit aje dari rumah Mak Daraaaa...

http://www.tokobakso.com/wp-content/uploads/2012/07/selena.jpg 

Wangsa Walk Mall memang le tempat mak dan anak anak hang out.. Kenapa lah pulak dalam banyak banyak hari.. hari ni pulak mak tak ke sana..Kalau tak asyik asyik muka mak aje ngeteh kat sana dengan anak anak hehe.. Kalau nak tahu anak anak dara Mak Dara ni peminat tegar Justin dan Selena ni.. Jenuh le diorang ngajak mak ke concert oleh Justin esok di Sunway tp memandangkan Mak agak sibuk di lokasi penggambaran maka mak terpaksa le menolak permintaan anak anak mak tu.. Takde jodoh nak jumpa lah tu namanya wahai anak anakku tunggu dia datang Malaysia lagi lain kali ye hehe

Justin dan Serina kompom seronok jenjalan kat Malaysia sebab takde yang kejar atau menjerit nak ambik gambar dengan diorang macam kat negara diorang tu kan.. hehe


Blogger UNCLE Kurang Sihat..

Assalamualaikum duhai teman..
Kenalkah anda dengan blogger UNCLE? Nama sebenar Uncle ialah Shaifful Hairi tapi dia lebih senang menggunakan nama UNCLE sebagai ganti diri di blognya..

header blog UNCLE

Mak Dara baru saja mengenali UNCLE melalui teman Mak Dara Mia Liana.. Blog Uncle ni memang bestttt dan sempoi habis maka sebab itu lah hari hari Mak pasti akan ke blog beliau  . Namun dalam beberapa hari ni tiada sebarang update dari Uncle jadi pagi ni mak terjah ke blog Uncle dan barulah Mak Dara tahu bahawa Uncle kurang sihat 

Kepada Uncle kami semua mendoakan agar segera sembuh dan kembali sihat seperti dahulu.. Kepada Aunty dan keluarga banyakkan bersabar menghadapi dugaan ini..  Insyaallah dengan izinNya semuanya akan baik baik saja..