Sejak dua menjak ni mak banyak terima tawaran untuk tulis skrip mengenai drama siasatan.. drama kepolisan.. dan yang terbaru rancangan masakan.. Dah lama mak tak buat skrip skrip cerita hantu cerita seram... Masih teringat lagi mak skrip skrip seram yang pernah mak tulis dulu...Antaranya...

Drama Bersiri NEK NAK Musim 1 - 13 episod

Drama Bersiri NEK NAK Musim ke2 - 13 episod

Drama Bersiri RADIO - 13 episod

Drama bersiri SAKA - 13 episod
Ada yang pernah menonton drama drama mak ni? heheh... Mak Dara antara penulis yang mula mula menulis drama bergenre seram sejak ia dibenarkan oleh semua stesen TV pada awal tahun 2000 dahulu.. Masih ingat lagi lepas sahaja drama NEK NAK mula ditayangkan di TV lepas tu penuhhhhhhh cerita hantu hantu dibuat dan ditayangkan di TV dan panggung wayang.. Memang kenangan terindah lah menjadi antara yang terawal.. hehe.. Namun menulis skrip skrip sebegini ada yang tak bestnya juga bila terdapat 2 insiden "tetamu tak diundang" datang melawat masa time mak dara tengah tulis babak babak mengenai "dia" haaaa lepassss aje insiden tu terus mak sloww dari buat skrip bengenre seram...
Hmm harap harap adalah producer yang nak skrip seram seram ni.. tangan mak dah gatal nak menaip babak babak suspenggg ni hehehe...