Aunty Aishah dan mak Dara
As salam duhai teman.. Mak Dara bertuah kerana dapat bertemu dengan Aunty Aishah di lokasi penggambaran rancangan PERJALANAN HIJRAHKU . Kalau anda nak tahu Aunty Aishah ialah ibu kepada Shasha Elite... Aunty Aishah telah dijemput untuk rancangan ini untuk kongsikan kisah mengenai perjalanan hijrahnya memeluk Islam..
Mak dara sedang berbual bersama Aunty Aishah di lokasi penggambaran
Sebelum Aunty Aishah memulakan shooting.. mak dara sempat berbual bual bersamanya. Aunty Aishah memang seorang yang sungguh lemah lembut dan sungguh humble orangnya.. Aunty banyak menceritakan kisah kisahnya sejak memeluk Islam. Dia juga menceritakan kepada Mak dara tentang minat dan cintanya dalam melakukan aktiviti aktiviti amal.. Antara kerja kerja amal yang dilakukannya adalah menjadi tour guide di Masjid Negara di mana aunty aishah akan membawa para pelancong dan menerangkan tentang Masjid Negara dan juga sedikit sebanyak tentang Islam.. Terasa hati sungguh tenang apabila berbicara bersama Aunty Aishah.. Dia benar benar memberi inspirasi kepada Mak Dara..
Nak tahu tentang Aunty Aishah anda kena tunggu rancanganPERJALANAN HIJRAHKU yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti ya.. Nanti mak akan beritahu tarikh dan masa nya ya...
Published with Blogger-droid v2.0.6

