Wednesday, July 18, 2012

Syukur Shooting Hari Pertama Berjalan lancar

Syukur alhamdullilah.. Penggambaran atau shooting iklan yang diarahkan oleh somi mak dara pada hari pertama hari ini berjalan dengan lancarnya.. Amin.. pasti ini berkat doa doa anda sekalian juga.. Bukan senang nak shooting iklan ni kan walaupun nak ditayangkan di kaca TV hanya seminit namun shootingnya berhari hari... Kali ni somi mak shooting iklan hari raya untuk kementerian kesihatan malaysia.. Dan dijangka iklan ini bakal ditayangkan di TV3 dan RTM seminggu sebelum raya ini.. Moh mak share kan beberapa keping gambar yang sempat mak snap di lokasi penggambaran iklan ini di Banting Selangor petang tadi..

 Somi mak dara berbaju putih sedang berbincang sebelum memulakan shooting

 Somi mak sedang menerangkan babak kepada pelakon 

Somi mak bersama Encik Amru sedang mengarah

pelakon kanak kanak Firdaus sedang di taouch up

Somi mak sedang menerangkan sesuatu untuk babak seterusnya

 Somi mak dan En Amru sedang menunggu untuk roll camera ;)

 two tones production crew ;)

 Somi mak dara sedang menunggu untuk roll camera

babak di tepi jalan..

Itulah serba sedikit tentang shooting iklan yang diarahkan oleh somi mak Martias Ali di Banting tu.. Gambor mak tak ada sebab mak yang tukang tangkap gambor hehehehe... Syukur alhamdullilah hujan hanya turun di saat saat akhir penggambaran petang tadi.. Nasib baik sempat shoot sampai habis untuk hari pertama ni..

Esok lokasi penggambaran di HOSPITAL BANTING... call time pukul 7 pagi dah kena ada di sana.. So sekarang masa untuk zzzzzzzzzz... esok pepagi dah nak teman somi mak gi shooting.. Nantikan update tentang shooting hari kedua dari Mak Dara ye..

Errr takde ke blogger dari Banting? boleh le kita jumpa jumpa hehehe..



Iklan Raya Buah Tangan Dari Somi Mak Dara

As salam duhai teman..
Disaat dan di kala ini Mak Dara berada di Hospital Banting Selangor.. Tapi bukanlah sebab mak dara dimasukkan ke dalam wad ataupun datang melawat orang sakit tapi sebenarnya mak dara temankan somi mak dara iaitu Martias Mohd Ali dan krew krew penerbitan yang akan shooting iklan raya untuk Kementerian Kesihatan. Somi mak yang akan arahkan iklan ni.. Ini merupakan iklan arahannya yang ke tiga..

Mak Dara akan updatekan lagi tentang perjalanan shooting ini nanti ye.. Doakan semoga shooting iklan ini berjalan dengan lancar ye.. Tenkiuuuuuu semua...

Published with Blogger-droid v2.0.6