Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan


Selamat tinggal Syaaban dan selamat datang Ramadhan.. Syukur alhamdullilah dapat mengerjakan terawih bersama anak anak sebentar tadi.. Moga dipanjangkan umur agar dapat mengerjakan hingga ke akhir ramadhan nanti mudah mudahan amin...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ami Schaheera Penuh Dengan X Faktor



WOWWWWW!! itu saja mampu mak dara katakan tatkala melewati sebuah blog yang sungguh famous amous iaitu Blogger terkenal Ami Schaheera sebentar tadi.. Memang mak dah lama tahu akan kehebatan blogger ini cuma hari ni baru Mak Dara berkesempatan untuk skodeng ke blognya hehehe....
Ami Schaheera | Fashion Blogger


Ami Schaheera terkenal dengan gaya dan fashionnya.. Gaya fesyen yang digayakan olehnya sungguh fashion forward and terkini.. Beliau memberi banyak inspirasi kepada para muslimah yang berhijab dan salah seorang yang menjadikan Ami sebagai sumber inspirasi untuk berpakaian ialah Mak dara hehehe....Oleh sebab itu mak pun follow blog beliau dan menjadi followernye yang ke 2509..!

Wahhhh siap tunjuk bahan bukti lagi tu kan hehehe... Memang mak dara tabik spring lah dengan Ami Schaheera ni.. Beliau berani menggayakan fesyen fesyen terkini.. Dari pakaian hinggalah ke pemilihan warna yang dipakainya sungguh mengkagumkan.. Im so impressed...

Apa lagi.. Pada yang minat fesyen fesyen terkini muslimah jom le terjahhhh ke blognya @ http://ami.sptnkswthrt.com/ jommmmmmmmm!! ;)


Terlepas Tengok Pengumuman Tarikh Puasa Tahun Ni

Saat saat terujaaa terlebih yang selalu mak nantikan bersama sama anak anak setiap tahun adalah bila tiba saat saat pengumuman tarikh puasa dan tarikh hari raya.. Tapi sayangnya malam tadi mak dara on the way pulang dari lokasi penggambaran iklan bersama somi mak maka tahun ni terlepas le saat saat tu.. Namun nasib baik le anak teruna mak sempat rakamkan saat saat pengishtiharan itu melalui kamera handphone nya hehe memang dia tahu sangat peel mak dia ni agaknya hehe..

Penyimpan mohor besar raja-raja telah umumkan bahawa 1 Ramadhan 1433H 
jatuh pada hari Sabtu 21 Julai 2012.

Jadilah walau hanya dapat tengok gambar ni aje pun.. Dari tak tengok langsung kannn hehehe... Memang klasik betul perasaan tatkala melihat saat pengishtiharan puasa dan raya ni kan.. Walaupun dah kertu kertu ni teringat kembali masa zaman budak budak dulu dok tertongok kat depan TV semata mata nak tahu tarikh puasa dan tarikh raya kan hehehe.. 

Degan ini Mak Dara ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua teman teman sekalian ye

'Ya Allah, Ampunkan dosa kami, terimalah ibadah puasa kami'. Amin :)