Sebentar tadi Mak Dara dan keluaraga sedang menonton sebuah drama yang ditayangkan di ASTRO PRIMA..( Nama drama tu tak perlulah Mak dara bagitau sekarang kerana sedang dalam perbincangan untuk ambik tindakan) Drama itu sebenarnya ialah adalah hasil karya adik Mak Dara iaitu ADZA NASYAEMIE.. Namun kesiannya idea dan karya nya itu telah pun dicuri dan diciplak oleh sebuah production house..
Kisahnya bermula apabila penerbit dan pemilik production house tu telah meminta adik mak proposal drama komedi untuk dihantar kepada stesen TV.. Adik Mak Dara telah memberikan sebuah proposal drama komedi dan paling best penerbit tu siap suruh adik mak dara pergi pitching lagi di stesen TV tu bagi pihaknya dan bila stesen TV suka dan luluskan proposal cerita adik mak dara tu terus le si penerbit ni diamkan diri..
Tup tup tadi kami tonton sebuah drama yang sebijikkkkkkkkkkkkk jalan ceritanya seperti yang telah ditulis oleh adik Mak Dara.. Tapi tak mahu lah nak syak lagi.. Lepas tu tengok semua jalan ceritanya sebijikkkkkkkkkkk.. yang besttt tu cuma tukar nama tajuk drama dan nama nama pelakon aje.. bolehhhhhh gituuu?? Masih tak mahu mensyaki benda tak baik dan nak lihat nama penerbit tu dulu.. Dan terbukti akhirnya bila nama penerbit tu adalah orang yang sama dengan penerbit yang meminta proposal dari adik Mak Dara itu.. Masyaallahhhhhhhhh.. Memang ramai dah cakap jangan percayakan sangat dengan penerbit itu namun kami tak percaya namun sekarang memang terbukti penerbit ni memang mencuri idea orang aje kejenye...
Adik Mak Dara sedang dalam proses mengambil tindakan kepada penerbit dan syarikat itu dan semoga tiada lagi kes kes caras idea oleh orang orang yang tidak bertanggung jawap ini berlaku kepada penulis penulis yang lain.. Memang bukan senang nak jadi penulis skrip ni sebenarnya huhuhu